Pereka Fesyen Wanita Generasi Kini Yang Cukup Berbakat

Sentuhan Karya Pereka Fesyen Wanita Generasi Kini

6 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Caro Chia

Siapa sangka pereka dari Malaysia mempunyai bakat yang amat berseni dan tersendiri dalam mencipta himpunan busana wanita? Caro Chia menubuhkan jenamanya pada tahun 2020 dengan identiti yang cukup terserlah. Ia terkenal dengan eksperimentasi dalam mereka penata gaya wanita moden yang puitis, dengan penggunaan rona-rona yang masuk akal. Setiap koleksi mengetengahkan inovasi dalam pembinaan tekstil, memberi fokus pada eksperimen siluet dan desain keindahan tubuh badan.

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.