Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Kari Vettese
Label pakaian Vettese oleh pereka fesyen wanita musim kini, Kari Vettese telah menjadi kegemaran buat ramai A-listed selebriti. Berpangkalan di Los Angeles, Vettese telah menarik perhatian ikon selebriti seperti Lady Gaga, Jennie Kim serta ramai lagi. Pereka ini cukup bijak dalam menggunakan pengalaman peribadinya dalam ciptaan fabrik mewah dan lestari, sambil menonjolkan siluet badan. Kehebatan memanipulasi fabrik yang menakjubkan, ternyata membuatkan rekaannya menjadi popular.
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.