Pereka Fesyen Wanita Generasi Kini Yang Cukup Berbakat

Sentuhan Karya Pereka Fesyen Wanita Generasi Kini

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Grace Wales Bonner

pereka fesyen wanita terkenal

Grace Wales Bonner dikenali dengan reka bentuk fesyen yang kontemporari kerana karyanya yang memadukan identiti Caribbean dan British, digabung menjadi elemen kreatif yang mendalam. Sejak terbentuknya label Wales Bonner pada 2014, dia secara konsisten meneroka tema identiti, sejarah dan budaya dengan pendekatan yang puitis. Grace Wales Bonner pernah memenangi anugerah ‘Emerging Menswear Designer’ di Anugerah Fesyen British pada 2015 dan ‘Hadiah Pereka Muda’ LVMH pada 2016.

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.