Senarai Hadiah Untuk 'Boyfriend' Menjelang Hari Kekasih - Glam Malaysia
Senarai Hadiah Untuk Boyfriend Menjelang Hari Kekasih

Senarai Hadiah Untuk ‘Boyfriend’ Menjelang Hari Kekasih

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

HARI VALENTINE SAATNYA MEMBERIKAN HADIAH-HADIAH ISTIMEWA UNTUK ORANG TERKASIH. TERUTAMANYA TEMAN LELAKI MU. BERIKUT INSPIRASI HADIAH GLAM UNTUK BOYFRIEND. BERIKAN HADIAH PERSONAL YANG BEGITU INDAH DAN BERMAKNA.

Hari menyambut kasih sayang bakal tiba. Tanggal 14 Februari merupakan hari yang cukup istimewa dan cukup dikenali sebagai hari khusus untuk menunjukkan rasa cinta kepada seseorang, terutamanya teman lelakimu. Sudahkan anda mempersiapkan hadiah untuk pasanganmu?

Berikut inspirasi hadiah untuk teman lelaki kreasi koleksi lelaki musim bunga/panas 2023…

BEG GALAS LOUIS VUITTON TAKEOFF

Senarai Hadiah Untuk 'Boyfriend' Menjelang Hari Kekasih

Buat pasanganmu yang bercita rasa tinggi dalam fesyen. Hadiahkan beg galas Takeoff dari koleksi Valentine’s Day Louis Vuitton. Selasa dan praktikal, beg galas terbaharu ini diberi sentuhan elegan lagi kontemporari. Direka dalam kulit LV Aerogram yang lembut dalam warna khaki, ia menyemati semangat kembara dan dunia penerbangan melalui perincian seperti tag nama, reka bentuk penutup beg juga warnanya. Teman lelakimu boleh membawanya kala kembara mahupun dijadikan beg harian untuk ke pejabat. 

See also
Kebangkitan Mesir Purba di Pentas Givenchy

LILIN AROMA ARMANI/CASA

Set lilin aroma ARMANI/CASA dengan aroma semula jadi yang diperkaya sentuhan tersendiri. Menyebarkan aroma lembut dan dipertajam dengan sedikit geranium. Memberikan nuansa rileks untuk menemani kekasih mu di rumah. 

DIOR BY ERL B95 SKATER SNEAKER

Dior bekerjasama dengan ERL, untuk koleksi musim bunga 2023. Yang paling menangkap mata ialah sniker skater DIOR by ERL B95 yang didominasi dengan warna dipenuhi dengan corak dan motif hebat karya Eli Russell Linnetz. Istimewa buat boyfriend yang suka bergaya muda dan kekinian. Padanan kasut yang mewujudkan gaya santai lagi mewah.