Senarai Fesyen Item Paling Ikonik Tahun 2024
Tirai 2024 hampir dilabuhkan, tetapi pesona rekaan klasik terus menawan dunia fesyen. Rayakan hujung tahun dengan item ikonik ini!
Throwback vibes, ingat lagi sandal jelly dari era ‘90-an yang kembali berkuasa sepanjang musim panas? Tahun 2024 menyaksikan jenama mewah menghidupkan semula nostalgia fesyen dengan menyelami kembali arkib siluet klasik mereka. Terlihat di jalanan kota fesyen, gaya nostalgia ini memenuhi setiap sudut, mencetuskan fenomena baharu dalam dunia fesyen yang abadi. Pada masa yang sama, jenama lain seperti Alaïa memilih untuk bereksperimen dengan rekaan segar, dan hasilnya tas tangan ikonik Le Teckel, diinspirasi daripada bentuk anjing Dachshund, menjadi simbol kemewahan dan inovasi. Ini adalah 6 senarai item ikonik menyeluruh mengenai trend utama 2024 dan siluet khusus yang mencuri perhatian peminat di tahun 2024.
Fesyen Item Wrapped 2024
Alaïa’s Le Teckel
Tas bahu Le Teckel, Alaïa: “Le Teckel muncul pada masa yang tepat,” yang telah digayakan oleh Hailey Bieber, Rihanna, Dua Lipa, dan ramai lagi. ” bukan sahaja sebuah beg tangan hebat”. Salah satu beg tangan yang habis terjual dalam masa yang singkat sejurus dilancarkan. Kejayaan Le Teckel terletak pada rekaannya yang kontemporari dan fungsinya yang praktika. Saiznya yang padat, digabungkan dengan tali bahu yang selesa, menjadikannya pelaburan serba guna dan bukannya sekadar aksesori unik.
Coach Tabby Bag 20
Menduduki tempat ketiga sebagai produk paling hangat buat Beg Tabby dari Coach. Dengan lebih daripada 34.2 juta hantaran di TikTok, beg ini mencetuskan fenomena besar di platform media sosial tersebut. Elemen klasik pada Tabby 20 ini menjadikan pilihan utama, tas tangan yang menjadi kegilaan para Gen-Z dan juga Millennial dengan rekaannya yang cukup timeless and chic. Popularitinya turut menyebabkan peningkatan carian untuk jenama Coach sebanyak 27 peratus.
Bottega Veneta Long Andiamo Intrecciato Leather Clutch
Rekaan Matthieu Blazy, Beg Andiamo dari Bottega Veneta. Clutch yang menerima pengiktirafan tinggi dengan barisan selebriti terkenal seperti Jennifer Lopez, Kylie Jenner, dan bahkan Jacob Elordi. Setiap rekaan Bottega tidak pernah mengecewakan, siluet yang elegan dan berbentuk segi empat tepat telah dinobatkan sebagai beg clutch pereka paling ‘It’ untuk 2024.
Alaïa Crystal-Embellished Leather Ballet Flats
The praises of Ballet flat Alaïa, kasut yang dipenuhi kristal berkilau, diperbuat daripada kulit lembut dengan rekaan hujung bulat dan tali strap untuk sokongan. Padankan dengan pakaian berpotongan tinggi untuk penampilan lebih elegan. Terlihat banyak peminat kasut flats ini terutamanya para fashionista, rekaan Alaia bukan sekadar fesyen item tetapi essential. Salah Satu kasut yang pertama kali diperkenalkan pada Mei 2022. Namun, ia masih menjadi salah satu item paling hangat pada tahun 2024.
The Row Mara PVC Net Flat
The Row Margaux Bag
The Row terus mengukuhkan statusnya sebagai jenama terkemuka yang mencipta gaya timeless. Salah satu bukti keunggulannya ialah beg East-West Margaux, yang segera mencuri perhatian peminat sejak pelancarannya. Sebagai alternatif kepada Margaux klasik yang mendominasi selama dua tahun terakhir, rekaan ini membuktikan bahawa estetika minimalis jenama kendalian Mary-Kate dan Ashley Olsen ini terus menjadi kegilaan ramai, khususnya dalam kategori kasut dan beg tangan. Tas tangan EW Margaux dijangka kekal relevan hingga tahun 2025.
Artikel Berkaitan: 10 Pereka Fesyen Terkaya 2024 , Buat Anda Teruja Ceburi Dunia Fesyen