Sembang Fesyen: Kem Salleh

Sembang Fesyen: Kem Salleh

KemSalleh
 
Berehat seketika daripada arena fesyen, Kem Salleh kembali dengan K. Alif di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015. Berlandaskan busana lelaki Muslim, dia menebarkan misi terbaru yang nyata lain daripada garapannya yang terdahulu.
 
Perkembangan terbaru?
Tidak banyak yang berubah cuma dalam tempoh saya berehat saya berfikir akan langkah seterusnya.Sebenarnya idea untuk melahirkan busana lelaki Muslim sudah ada dibenak sejak beberapa tahun dulu. Semuanya dalam proses perancangan sehinggalah tahun ini saya berjaya merealisasikannya. Kebetulan saya sendiri suka menyarungkan jubah untuk ke majlis keramaian mahupun bersantai. Mengapa? Kerana ia sangat selesa. Terbaru, saya sertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 dengan menampilkan 12 helaian terbaru di bawah label K. Alif.
 
Kembara K. Alif bermula?
Kemunculan pertama adalah sewaktu lebaran. Sedikit berbeza dengan koleksi jubah yang ada di pasaran, K. Alif berkonsepkan Muslim dan moden. Jubah dan kurta menjadi rekaan asas tetapi bukan yang tipikal.
 
KLFW2015single2
 
Cerita di sebalik ceraian koleksi?
Minimalis klasik. Apa yang saya cuba sampaikan adalah himpunan yang boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja. Bukan hanya untuk lebaran tetapi juga kala bersantai. Untuk mendapat perhatian generasi muda rekaan jubah harus tampak lebih moden. Hanya terdapat dalam tiga rona iaitu putih, hitam dan kelabu kerana idea asal jubah bukanlah untuk mencuri perhatian.
 
Selebriti pilihan?
Di Malaysia saya memilih Amy Search kerana aura dan pesonanya yang tersendiri. David Beckham juga salah satu muse kegemaran. Gayanya pelbagai tidak hanya terikat dengan satu gaya. Muse harus versatil dan timeless.
 
Perancangan masa hadapan?
Celana adan mini kurta adalah yang terbaru dalam koleksi saya. Melihat akan perkembangan ini, boleh dikatakan saya mahu meneruskan perjuangan di arena fesyen tempatan dengan melestarikan koleksi pakaian lelaki. K. Alif tidak mengikut trend kerana rekaanya yang klasik.
 
 

See also
Kempen Terbaru Dior Menyentuh Topik Feminisme