Use your ← → (arrow) keys to browse
2. Gayakan Blazer Jenis Unlined
Memakai blazer sudah pasti antara helaian yang lazimnya digayakan dalam pejabat. Namun, tidak ada salahnya jika anda mahu memakainya di rumah hanya untuk Zoom Meeting. Walaupun sedikit rimas dan tidak selesa tambahan pula pendingin hawa di rumah tidak sama di pejabat, beralih kepada blazer jenis unlined iaitu blazer tanpa lining.Blazer unlined memberikan keselesaan ketika memakai kerana sifatnya yang lebih nipis dan ringan. Gandingkan bersama baju T yang nipis atau top tanpa lengan didalamnya untuk rasa care-free!