Selepas Reaksi Dingin Industri Fesyen Kanye West Mengubah Waktu Pertunjukannya - Glam Malaysia

Selepas Reaksi Dingin Industri Fesyen Kanye West Mengubah Waktu Pertunjukannya

Foto: Jackie Nickerson

Semua pereka fesyen got the memo bahawa untuk memastikan mereka berada dalam jadual rasmi Minggu Fesyen New York pada bulan Februari dan September, mereka perlu memberitahu Council of Fashion Designers of America (CFDA).

 

Foto: Jackie Nickerson

Selain daripada tanggungjawab untuk mengeluarkan jadual rasmi untuk Minggu Fesyen New York, CFDA juga berusaha untuk membangunkan bakat-bakat yang ada serta mengukuhkan lagi komuniti fesyen dengan visi dan misi mereka di Amerika.

 

CFDA merupakan satu perlembagaan yang terdiri daripada individu-individu bernama besar dalam industri fesyen dan buat masa ini Pengerusi Lembaga dipegang oleh Diane von Furstenberg.

Masalah CFDA dengan Kanye West sekarang adalah mengenai pengumumannya mengenai Yeezy Season 5 yang akan diadakan pada 15 Februari ini di Pier 59 Studios. Pertunjukan Kanye ini juga merupakan slot masa Marchesa di antara pertunjukan Anna Sui dan Thom Browne yang telah ditetapkan oleh CFDA (WWD).

 

See also
#TheBurberryConservatory Berlabuh Di Malaysia

Persoalan mengenai koleksi Kanye kali ini menimbulkan syak wasangka dalam kalangan industri fesyen selepas huru-hara yang didapati semasa Yeezy Season 4 tahun lepas di Roosevelt Island yang mengelirukan editor-editor, para pembeli dan orang-orang media oleh kerana Kanye/Adidas tidak menggunakan cara yang betul untuk pertunjukan tersebut.

 

Dalam satu kenyataan eksklusif oleh ketua pegawai eksekutif CFDA Steven Kolb kepada WWD:

Sekali lagi, CFDA tidak didekati atau berunding dengan kami untuk kemungkinan pertunjukan Kanye West dalam jadual rasmi Minggu Fesyen New York. Sebagai perlembagaan yang bertanggungjawab ke atas jadual tersebut, CFDA bekerjasama dengan lebih 300 jenama untuk memastikan masa yang sesuai untuk mereka mempamerkan koleksi mereka dan mengelak sebarang konflik penjadualan. Tidak menggunakan saluran yang betul boleh merosakkan aktiviti sepanjang minggu tersebut dan ianya tidak adil kepada pereka-pereka yang sudah mendapat slot dengan menggunakan prosedur yang betul.

Foto: Jackie Nickerson

Hypebeast melaporkan bahawa Kanye West yang sudah terasa bahang dek keputusannya itu telah pun menghubungi Steven Kolb untuk menyelesaikan perselisihan ini dengan menukarkan masa pertunjukannya untuk Yeezy Season 5 kepada dua jam sebelum waktu asalnya supaya tidak bercanggah dengan Marchesa.

See also
Beg Mesti Miliki: Dekati Valentino Garavani One Stud