Selena Gomez Bintang Baru Puma Dengan Kontrak $30 Juta

Selena Gomez Bintang Baru Puma Dengan Kontrak $30 Juta

Baru sahaja minggu lalu Selena Gomez berkongsikan kisah menyentuh hati antara dirinya dan rakan karibnya Francia Raisa yang telah mendermakan buah pinggangnya untuk membantu Gomez melawan penyakit lupus.

 

It took Gomez beberapa bulan untuk pulih dan kini dia kembali ke lensa kamera khalayak umum dengan kemunculannya di NYFW. Seperti enggan berhenti disitu sahaja, Gomez juga turut mengumumkan bahawa dia kini membintangi kempen terbaru untuk jenama athleisure terkenal, Puma.

 

Officially a part of the fam @puma #pumapartner

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Dengan kontrak bernilai $30 juta dan tempoh dua tahun, Puma juga turut mengumumkan bahawa Gomez bakal mengarah dan membintangi beberapa kempen untuk mereka. Malah dia juga akan memberi sentuhan kreatifnya sendiri untuk melancarkan produk bersama-sama Puma.

 

“Saya tidak suka apabila orang merasakan yang mereka perlu kelihatan segak dengan apa yang mereka pakai. Itu satu perkara yang menarik tentang Puma sejak kebelakangan ini. Mereka mengeluarkan ceraian yang orang tahu akan kelihatan segak dipadankan dengan apa pun,” nyata Gomez kepada Vogue.

 

See also
Malam Titian Budaya

Teman lelaki Gomez, The Weeknd, juga merupakan salah seorang duta Puma namun untuk kempen yang berbeza.

 

“Saya dan teman lelaki saya berkongsi almari pakai dan kami mengeluarkan pelbagai idea yang menarik. Kadangkala saya akan memakai Puma miliknya dan padankan dengan kasut saya. Saya akan berpakaian sebegitu untuk malam temu janji yang kasual. Anda mahu merasa yakin dengan pakaian anda. Apabila anda mula merasa tertekan mengenai hal ini dan merasakan anda harus menghasilkan sesuatu imej… anda tidak patut merasa sedemikian.”

 

Fearless talent and ? of Instagram joins the family. @selenagomez #DoYou

A post shared by PUMA (@puma) on