Sejenak Bersama Sofia Coppola, Mengenai Koleksi Bersama UNIQLO - Glam Malaysia
Sejenak Bersama Sofia Coppola, Mengenai Koleksi Bersama UNIQLO

Sejenak Bersama Sofia Coppola, Mengenai Koleksi Bersama UNIQLO

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sofia Coppola melancarkan koleksi ‘Celebrating Sofia Coppola UT’ pada enam Mac lepas. Kolaborasi ini memfokuskan kepada pencapaian cemerlang Sofia Coppola sejak menceburi bidang pengarahan filem 25 tahun lalu. Kini berkembang menjadi salah seorang pengarah berpengaruh Hollywood. Koleksi UT Uniqlo meraikan kecemerlangan kerjayanya melalui satu koleksi istimewa. GLAM menemu bual Sofia Coppola mengenai koleksi tersebut. 

BAGAIMANAKAN PERASAAN ANDA MENGENAI ‘CELEBRATING SOFIA COPPOLA UT’, YANG MERUPAKAN TRIBUTE KEPADA PENGHASILAN FILEM IKONIK ANDA?

Saya sangat gembira kerana projek ini meraikan hasil kerja saya dan berharap orang ramai akan menikmatinya sebagai tribute kepada filem yang menjadi sebahagian daripada hidup saya. Ia adalah peringatan yang hebat kepada saya tentang rakan kolaborasi yang pernah bekerjasama dan pengalaman kreatif yang kami kongsikan. 

ADAKAH ANDA SERING MEMAKAI KEMEJA-T? BAGAIMANAKAH SOFIA MAHUKAN ORANG KELIHATAN BERGAYA MEMAKAI UT?

Saya suka memakai kemeja-T yang berhias wajah artis dan pemuzik yang saya suka, jadi harap UT ini bermakna buat mereka yang menyukai karya saya. Dan saya sentiasa suka cara ia menghubungkan anda dengan orang lain yang menyukai perkara yang sama anda lakukan!

See also
Trend: Suede dan Denim

KONGSI KEPADA KAMI REKAAN UT YANG ANDA (ATAU ANAK-ANAK ANDA) MILIKI DARI KOLEKSI UT YANG TERDAHULU.

My kids have some cute ones. Dan saya suka kemeja T Uniqlo U oleh Lemaire.