Sejenak Bersama Natasha Ozeir - Glam Malaysia

Sejenak Bersama Natasha Ozeir

Pengasas Bersama Pretty Suci, Natasha Ozeir adalah antara wanita kota yang GLAM senang dekati dek karakternya yang cukup tenang dan bersahaja. Bijak membawa diri dengan keyakinan yang dimiliki olehnya. Aura jelita cukup terpesona, terima kasih dengan darah campuran Sabah dan Lebonan membuatkan semua mata terpana melihatnya.

Apa perkhabaran baru Natasha Ozeir?

Sebelum pendamik terjadi, saya dan rakan niaga ada senaraikan beberapa projek yang hendak dilaksanakan. Tetapi tergendala seketika. Mungkin tahun hadapan kami akan mulakan dengan melancarkan jenama kopi, mengikut pasaran semasa. Setiap projek ini berdasarkan permintaan umum, jika masih ada mungkin inilah projek yang bakal dilaksanakan dahulu.

NATASHA OZIER

Bagaimana kamu menjalani kehidupan mental yang sihat ketika pendamik ini?

Sejujurnya tidak mudah! Tidak kisah latar kehidupan atau dari mana kamu datang kerana setiap manusia mempunyai relaiti yang berbeza-beza. Saya lebih selesa menjalani kehidupan sehari-hari tanpa merancang sesuatu yang terlalu jauh kerana ia boleh membuatkan ada lebih depresi. Apatah lagi saya yang kerap terbang ke sana-sini serta aktif atas urusan kerja dan tiba-tiba semua terpaksa berhenti, membuatkan perasaan tidak produktif mengacau mental. Saya percaya, mempunyai rutin adalah sangat penting. Seperti setiap hari akan bersenam 20 minit dan kurangkan masa melayari akaun media sosial. Usai makan malam, saya dan rakan akan habiskan masa Facetime bersama berborak ringan dan gelak tawa.

See also
Best Dressed: MTV Video Music Awards 2015

Perkara pertama mahu dilakukan selepas lockdown berakhir?

Saya mahu bercuti! Pertama mahu terus ke Sabah untuk melawat keluarga di sana. Kemudiannya, bercuri untuk recharge, refresh dan rewind tanpa perlu berfikir tentang Covid-19. Harap ia mampu memberi motivasi pada diri dan apabila kembali semula ke Malaysia dengan Natasha Ozier yang baharu. Kembara memberi motivasi yang tinggi pada saya.

NATASHA OZIER

Pembelian terbaru Natasha Ozier?

Sebabkan kini kita habiskan masa di rumah, saya lebih tertumpu pada Asos! Banyak ceraian sweats yang saya miliki sekarang juga dalam pelbagai warna! Dalam waktu ini, tiada guna membeli-belah kerana kita masih kekal duduk di rumah. Setiap hari, saya dalam persalinan Lululemon! 24/7 workout outfits dan sandal! Tapi ada satu beg Chanel yang baharu saya beli. Beg silang yang lebih kecil, mudah dipakai ketika keluar membeli barang keperluan.

TIGA KOLEKSI BEG NATASHA OZEIR YANG KAMI ENVY!

BEG MINI JODIE, IKON BARU DI BOTTEGA VENETA DIGUBAH INDAH DENGAN JALINAN INTRECCIATO.
KLASIK DENGAN PEMILIHAN BEG SAIGON DARIPADA GOYARD.
BIJAK DALAM MEMPERKENALKAN JENAMA BARU SEPERTI BEG L’AFSHAR ASAL DUBAI.

Pautan Berkenaan: Bravery, Ini Barang Kemas Yang Paling Menakjubkan

See also
Bintang Muda ‘STYLISH’ di Cannes 2023