Sejenak Bersama 10 wanita MOST GLAM 2023
wanita most glam

Sejenak Bersama 10 wanita MOST GLAM 2023, Berkongsi Kisah Perjalanan Fesyen

GLAM Sejenak Bersama menemu bual 10 wanita MOST GLAM 2023 dalam berkongsi momen-momen indah bersama GLAM serta meneroka kisah perjalanan fesyen mereka dari awal kerjaya sehingga ke hari ini.

Mempersembahkan Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Alicia Amin, Amelia Henderson, Zahirah MacWilson, Jasmine Suraya, Ummi Nazeera, Vanizha Vasanthanathan, Shalma Ainaa dan Nia Atasha sebagai wajah terkini yang diangkat menjadi MOST GLAM 2023. Projek istimewa ini dijayakan bersama Longines. Mereka ini memiliki latar belakang yang penuh dengan kebanggaan bukan sahaja daripada segi perjalanan kerjaya mereka tersendiri namun daripada segi aspek fesyen.

Seperti wanita-wanita ini, sewaktu kami menemu bual mereka, ternyata sedikit sebanyak kisah mereka ini menjadi inspirasi buat kami dan apa yang diceritakan ternyata membentuk diri dan peribadi mereka hari ini. Untuk ketahui lanjut tentang mereka, anda juga boleh mendapatkan majalah GLAM isu November 2023 yang hadir dalam dua edisi kulit majalah berbeza!

sejenak bersama

Bertemakan Fashion Superstars, GLAM mengambil kesempatan ini untuk bertanya para wanita MOST GLAM 2023 ini menerusi segmen Sejenak Bersama sekaligus mengimbas kembali kenangan-kenangan lama dan mencuit hati. Ayuh tonton video di bawah!

See also
#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg

Sejenak Bersama 10 wanita MOST GLAM 2023