Sembang Fesyen: Sean & Sheila

Sembang Fesyen: Sean & Sheila

KEL_3956 (1)

 

Daripada nama Ophelia, kini pereka duo Sean & Sheila menukar label dengan menggunakan nama mereka sendiri namun hala tujunya tetap sama. Signatur sulaman kemas tiga dimensi memberikan kombinasi idea lebih dinamik.

 

Bagaimana kembara fesyen anda bermula?

Kami memulakan kolaborasi pertama menerusi pertandingan Harper’s Bazaar Asia New Generation Award untuk Malaysia dan Indonesia. Sejak itu kami mula serius dan kini menetap di Purwokerto, Jogjakarta Indonesia. Sengaja memilih studio di sini kerana kota kecil ini aman dan lebih fokus untuk berkarya.

 

Ilham KLFW baru baru ini?

Adaptasi daripada tarian popular Jepun bernama Butoh. Tarian ini mencabar perkara norma dan kesamaan jantina dalam bentuk seni termasuklah gambaran olahan pelik atau topik tabu. Kami menterjemahkannya dengan potongan uniseks dalam penggunaan warna gelap. Tarian ini menceritakan tentang emosi dan semangatnya turut juga dimasukkan ke dalam rekaan.

 

[soliloquy id="46079"]

 

Materialnya?

Kebanyakan fabrik menggunakan sutera yang berbeza beratnya dan kami melantangkan idea signatur Sean&Sheila iaitu sulaman tiga dimensi yang dijahit tangan. Kali ini kami memperkenalkan sulaman ikan Koi.

See also
Butik Pop-Up Saint Laurent, Pavilion Kuala Lumpur Kini Dibuka

 

Pendapat anda tentang permintaan RTW?

Cukup bagus kerana kami tidak menyangka ada pasaran untuk helaian pentas RTW kami. Saya rasa di Malaysia permintaannya masih kurang. Di Sean&Sheila pada awalnya kami hanya mahu mengeluarkan rekaan yang cantik-cantik sahaja tanpa terlalu memikirkan hal keuntungan. Tapi sejak pementasan permintaannya berterusan ada. Setakat ini kami masih dalam proses perbincangan untuk memasarkan helaian di Fashionvalet tetapi kini kami sudahpun menjualnya di www.bobobobo.com.

 

Anda menyertai sebarang program fesyen?

Pada masa ini kami di bawah CFE yang merupakan sebuah program yang diusahakan oleh British Council. Mereka memberi peluang kepada pereka generasi baru dalam mengukuhkan perniagaan. Antara yang telah berjaya menyertai program ini adalah Erdem, Richard Nicoll, Peter Pilotto, Meadham Kirchoff, Mary Katranzou dan J.W Anderson.

 

Perancangan masa akan datang?

Kami kini dalam usaha memasuki pasaran antara bangsa. Kami dijemput untuk menyertai World Fashion Week Paris untuk pementasan dan pameran musim bunga 2016. Harapan agar kami terus berpeluang berada di gelanggang global.

See also
GLAM It Girl: Tisya Ong

 

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi November 2015