Scha Alyahya Mewakili Wanita Moden Untuk Salvatore Ferragamo

Scha Alyahya Meraikan Kehebatan Wanita Sedunia Dengan Salvatore Ferragamo

Meraikan kejayaan, kecantikan, dan keunikan wanita di setiap pelosok dunia merupakan visi utama koleksi musim Bunga/Panas 18 Salvatore Ferragamo. Dengan kepercayaan setiap satu wanita di dunia ini adalah berbeza, koleksi ini menjadi definisi kepelbagaian yang ditawarkan oleh semua wanita ini.

No two women are the same – I wanted to celebrate women’s individuality and style, vivid colors – ever evolving femininity.

Bermain dengan tekstur, siluet, dan corak memberikan peluang buat Rumah Ferragamo menyampaikan cerita dan personaliti feminin yang berbeza dengan ilham daripada zaman 20-an hingga ke 70-an. Setiap satu dengan kejutan mereka tersendiri.

 

Melengkapi setiap ceraian ini adalah aksesori yang ditampilkan sekali dalam koleksi Bunga/Panas 2018 mereka. Tas tote dengan aura moden, belt bag berona perang, dan tidak lupa juga sepatu signatur Ferragamo. Highlight aksesori dalam koleksi ini adalah Vara Rainbow; merupakan penghargaan kepada dua legasi Ferragamo yakni Vara Bow dan juga sandal dengan tumit pelangi yang dihasilkan oleh Salvatore Ferragamo pada tahun 1938 buat Judy Garland.

See also
Olivier Theyskens: The Comeback Kid

 

Ceraian utama yang digunakan oleh Scha Alyahya.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse