Dikala Apple melancarkan jam inovatif terbaru mereka iaitu Apple Watch, Samsung Gear S pula mencuri perhatian di Minggu Fesyen New York dengan kerjasama bersama Diesel Black Gold. Persembahan koleksi Spring/Summer 2015 Diesel Black Gold itu diinspirasikan dari gaya rockstar yang diolah moden, manakala gandingan bersama Samsung pula membawa kepada inovasi teknologi tinggi yang dilihat sebagai penanda aras masa hadapan dunia fesyen.