Sabrina Carpentar Pilihan GLAM Selebriti Crush 2024
CarMelangkah ke dunia penuh versatil Sabrina Carpenter yang jadi bualan ramai. Selebriti kegemaran Gen-Z kini di ampangan kejayaan.
Sejauh mana anda kenali si caffeine-loving star ini? Dari karakter yang energetik serta disulami personalitinya yang digemari semua. Sabrina tentu akan membebaskan kita dari pasungan kesedihan dengan keriangannya. Baru-baru ni Sabrina membuat kemunculan di The Late Show with Stephen Colbert, mengenakan set vintaj Lillie Rubin serba hitam berkolar dan pergelangan bulu bercorak harimau bintang. Manakala, beliau juga baru sahaja melancarkan rancangan khas Krismas di Netflix bertajuk A Nonsense Christmas, menjadi wajah utama dalam kempen kaca mata terbaru Versace. Ketika melangkah keluar di New York, gaya pemakaiannya jelas memberi penghormatan kepada salah seorang ikon fesyen terbesar di bandar itu, lengkap dengan beg bimbit kecil yang melengkapkan aura “sedia bekerja”.
Sabrina Carpentar IT Girl Cinta Hati Gen-Z
Kini mencecah 43 juta pengikut di Instagram, deretan album sensai dan pelbagai karya julung lakonan dalam genggamannya. Sabrina Carpenter telah menggegarkan dunia hiburan dengan gemilangnya. Mrs Doubtfire rancak memberikan sepenuh bakatnya kepada para pengikut yang tidak lekang mengejar apa saja hasil dari Sabrina.
Dengan setiap sukses di ceburi, ketahui facts sebelum dan selepas yang membawa Sabrina Carpenter ke dunia gemilangnya. Ketika beliau berusia 10 tahun, Sabrina menyanyikan lagu Taylor Swift dan Adele dengan penuh perasaan di sebuah studio yang dibina oleh ayahnya. Selain kelihatan sangat comel, bakat vokalnya yang luar biasa sudah jelas menyerlah sejak kecil lagi.
Semuanya bermula dengan Miley Cyrus, Sabrina dikenali menerusi wataknya sebagai remaja pemberontak Maya Hart dalam siri Disney Girl Meets World, perjalanan ke arah kemasyhurannya sebenarnya bermula lebih awal. Ketika berusia 11 tahun, dia berjaya mendapat peranan dalam Law & Order: Special Victims Unit sebagai mangsa kanak-kanak bernama Paula Moretti. Peranan itu diperolehi selepas dia mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian Miley Cyrus, The Next Miley Cyrus Project.
Sabrina dikhabarkan tidak lagi bersama bintang Saltburn, Barry Keoghan. Pertemuan mereka di Minggu Fesyen Paris 2023 segera mencetuskan khabar angin percintaan apabila kedua-duanya dilihat memakai ‘gelang persahabatan’ dan sering muncul bersama di khalayak ramai.
“Say you can’t sleep, baby, I know, That’s that me espresso” bukan sekadar tentang espresso! tetapi ada maksud yang lebih mendalam di sebalik lagu hits ini. Menurutnya, “Lagu ini sebenarnya tentang melihat feminiti sebagai kuasa super anda, dan meraikan keyakinan untuk menjadi wanita yang luar biasa,” jelasnya. Seasyik Espresso! Menjelang pengeluaran wangian terbaharunya, ME ESPRESSO yang dinamakan dengan penuh simbolik. Haruman ini memadukan Serbuk Koko dan Biji Espresso dengan keharuman Jasmin Malam dan Vanilla Orchid. Sentuhan Biskoti Bermentega menambah manis yang menggoda, diakhiri dengan nota Karamel, Amber Gula, dan Krim Pukal yang hangat.
Apa jua gaya yang bakal mencuri tumpuan musim perayaan ini, satu perkara pasti Sabrina Carpentar tidak pernah gagal membawa pesona bergaya! Busana bulu dan koleksi vintaj telah menjadi formula gaya musim sejuk yang tidak pernah gagal untuk Sabrina Carpenter. Minggu lalu, di tayangan istimewa rancangan Netflix-nya di New York, dia tampil memukau dengan gaun mini bulu tiruan hitam putih dan kasmir Chanel rekaan Karl Lagerfeld dari tahun 1994, dipadankan dengan jaket bulu pendek yang seakan serasi sempurna.
Keperibadian, gaya, bakat, dan aura yang memikat, Sabrina Carpenter diangkat sebagai figura yang mencuri perhatian ramai dengan pesonanya, menjadikannya ikon idaman atau girl crush buat tahun ini.