Berasal dari keturunan aristokrasi bukan satu penghalang untuk dia menempatkan diri dalam arena fesyen. Puteri Maria-Olympia of Greece kini kian menjadi tumpuan utama dan dipilih sebagai wajah it-girl terbaru apabila dia tampil dalam persalinan cukup mengagumkan di minggu fesyen mahupun menghadiri ke acara berprestij. Gadis muda yang berusia 18 tahun ini memilih gerobok fesyen ibunya, Puteri Marie-Chantal sebagai pencetus inspirasi gayanya. Label terkenal seperti Chloé, Chanel, Isabel Marant, Marc Jacobs, Balenciaga dan Victoria Beckham kerap menjadi pilihan utama bagi gaya kasualnya. Malah, dia kini dikhabarkan berkawan baik bersama anak perempuan Madonna, Lourdes serta kerap ditemani sepupu kesayangannya iaitu Puteri Talita Natasha Von Furstenberg, malah wajahnya turut menjadi penghias kulit sampul bagi majalah Tatler bagi April 2014 dan Vanity Fair bersama ibunya.