Roseau Melengkapi Gaya Parisian Chic - Glam Malaysia
roseau

Roseau Melengkapi Gaya Parisian Chic

Gubahan beg Roseau yang moden di Longchamp buat musim luruh 2021 dihembus dengan nada fresh sebati dengan stail Parisian chic.

Tidak perlu menjengah keluar dari kawasan sekitar, cukup melihat apa yang ada di hadapan mata. Itu mungkin menjadi inti utama bagaimana Sophie Delafontaine, Pengarah Kreatif Longchamp mendapat ideanya. Musim luruh, seperti musim terdahulu Longchamp kekal setia dengan watak Parisian. Mereka ini membuahkan idea kepada Longchamp dalam menggarap koleksi terbaru. Identiti cukup kuat, dengan lagak cool mereka tidak mungkin dapat dilihat dengan orang lain.

Menguatkan lagi lagak chic orang Perancis, beg Roseau yang kini makin ligat menjadi ikon penting longchamp digubah moden. Beg yang diindahkan dengan gancu buluh itu dilihat sebagai satu objek yang merayakan nilai tradisional dengan semangat masa kini. Biar pun ada rasa vintaj yang merata pada beg Roseau ini, ia digarap moden dengan penambahan tali rantai chunky yang diperbuat menggunakan plastik. Ia berbalas pula dengan material kulit yang lembut dalam palet warna daripada coklat hingga ke merah.

See also
Victoria's Secret Fashion Show 2016 Semakin Hampir!

Gaya mewah kekal di Longchamp. Ia diterbitkan dengan teknik kemasan tekstur seakan kulit mewah. Selera wanita moden yang menjulang tentang kelestarian alam sekitar pasti setuju dengan penyampaian Longchamp kali ini. Mereka juga memadukan material berlainan selera menjadi satu gaya baharu. Seperti material kulit yang berkemasa ala kulit buaya yang disatukan bersama sued, mencipta selera lebih moden.

BEG ROSEAU PILIHAN GLAM

 

Klik sini untuk pengalaman membeli belah barangan Longchamp secara maya!

 

Pautan Berkenaan: Met Gala 2021: Gaya Karpet Merah Americana Terbaik!