Rizalman Ibrahim: Pereka Adi Busana Malaysia - Glam Malaysia

Rizalman Ibrahim: Pereka Adi Busana Malaysia

Rizalman Ibrahim adalah seorang pereka fesyen yang tahu memanipulasi kreativiti agar kualitinya kekal berada di peringkat tertinggi. April lalu, dia melangsungkan pementasan adi busana beserta coffee table book yang mendokumenkan perihal kerjanya.  

 
Rizalman Ibrahim

Maksud adi busana di mata Rizalman Ibrahim?

 

Dalam definisi Perancisnya couture bermaksud jahitan. Haute adalah ketinggian – Jahitan paling tinggi. Jadi sesiapa yang mahu menggunakan ayat couture tidak mengapa tetapi elakkan dari mengguna ‘haute’ melainkan anda mempunyai 25 artisan di bengkel. Bukannya dihantar kepada tukang jahit biasa. Itu, demi-couture!

 

Bagaimana koleksi adi busana anda?

 

Ia merupakan impian saya, biar pun telah banyak pementasan yang saya langsungkan. Ini juga bersempena meraikan lebih 20 tahun pembabitan. Saya mahu mencipta tanda aras dalam industri lokal serta menyambut perjalanan, pengalaman, pengetahuan, kewangan dan penjenamaan yang kukuh menerusi pementasan ini. Ia juga dilahirkan atas tahun ketiga saya bersama Zalora yang saya rangkumkan dalam rangkaian pret-a-porter. Bagi yang melihat pentas adi busana, bulan seterusnya mereka dapat memilikinya dalam harga yang lebih mampu. Biar mereka melihat adi busana saya, mereka boleh menyimpan impian, membuat perbandingan antara adi busana dan pret-a-couture kerana di Rizalman for Zalora, rekaannya sudah diringkaskan jadi lebih mampu milik.

See also
GLAM FIRST: Dior Cruise 23 di Plaza de España, di Seville Spain.

 

Bagaimana pendapat anda tentang industri lokal kita?

 

Plagiarized! Apa yang saya tidak faham tentang industri lokal pabila mahu menjadikan saya sebagai idola. Saya memulakan perniagaan dan kerjaya ini bukan mahu menjadi idola. Bahkan, sasaran saya mahu memenuhi impian sahaja. Jika ada yang menjadikan saya sebagai guru fesyen, saya rasa tidak selesa dan keterlaluan. Saya bukan artis rakaman yang mahu orang menyanyikan ‘lagu’ saya, Jadi dalam konteks rekaan, saya tidak mahu orang ‘menyanyikan’ rekaan saya. Saya cuma mahu orang memakai dan menghargainya. Saya tidak punya banyak masa untuk membuat kitaran yang terlalu pantas untuk membiarkan ‘peminat’ (pereka) untuk mencipta rekaan pendua saya. Penat. Jika mereka melangkah setapak di belakang saya, saya perlu merancang langkah lima tapak lebih kedepan. I am aging and have to work harder, kerana mahu mencipta perbandingan antara saya dan mereka. Ini bukan bermaksud saya tidak welcome pereka baru. Kita berkongsi pasaran yang kecil ini. Jadi nasihat saya, tolonglah cari idea dari internet, Google mahupun Youtube dan cari ilham yang lain.

 

Bak kata anda, ‘I am aging’, apa perancangan anda untuk meneruskan institusi Rizalman Ibrahim?

 

Protege sudah ada, tetapi adakah dia bersedia untuk menjadi ketua nanti. Memang itu perkara biasa dalam sebuah rumah fesyen. Contoh bila John Galliano meninggalkan Dior, pereka aksesorinya mengambil alih. Generasi baru selalu ingat Lanvin atau Balmain perniagaannya berterusan berjaya. Tetapi, mereka ada ‘happy time’ dan sebaliknya. Mungkin juga saya akan mengalami perkara yang sama. Zaman kegemilangan sewaktu saya ada, mungkin waktu tiada, the brand will go down sehingga mereka dapat mencari pereka yang sempurna yang dapat memperbaiki jenama ini. Ini adat perniagaan fesyen. Mungkin selepas Faizul (Pereka senior) sudah bersedia atau seorang lagi ‘kelahiran’ Rizalman atau mungkin Aali (anak kedua). Me, myself in the house satu-satunya yang merangka syarikat ini.

See also
Koleksi Gancini Meraikan Simbol Kebangaan Salvatore Ferragamo

 

Pembelajaran baru menerusi koleksi ini?

 

Kalau diikutkan couture paling awal tidak dapat dikesan. Kerana adi busana hanya ada satu sahaja dan ia dijahit menggunakan tangan. Tapi definisi adi busana bukanlah perlu mengikut pembuatan yang sempurna dari dulu, sebab ia dijahit tangan. Kalau terlalu sempurna ia dibuat menggunakan mesin. Tapi sekarang, kualitinya berbeza. Semua perlu flawless dari konteks kemahiran kerja tangan. Sudah ada transisinya di situ. Saya perlu mengikut trend iaitu pembuatan adi busana yang sempurna. Dimana ia adalah mengenai manpulasi – melahirkan rekaan yang berbeza dari pereka lain. Bagaimana mahu merealisasikan lakaran kepada tiga dimensi, proses bagaimana memahami lakaran sehingga menjadi baju. Proses dimana mahu mengendalikan material, pengurusan masa dalam mengawal material, adore dan passion dengan setiap rekaan, dari pilihan fabrik, fitting…semualah! Tak perlu jadi terlalu praktikal.

 

Bagaimana rancangannya dalam proses kali ini?

 

Kita perlu membuat penyediaan enam bulan sebelum pementasan. Dan enam bulan lagi untuk cari inspirasi. Jadi, ia mengambil masa satu tahun untuk adi busana. Inspirasi boleh datang dari pelbagai punca – dari dekad, sejarah atau material, flora dan fauna dan saya rasa haute couture ini bermula sebab waktu itu populasi tidak banyak semuanya masih boleh dibuat tangan – personalised.

See also
HABIB Lancar Koleksi Terkini Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2024

 

Merangka pentas adi busana, mengadakan pengambaran kempen adi busana. Kemudian baru pulang dari Istanbul dan malam ini sibuk menyunting cerita pendek raya bersempena Rizalman for Zalora. Bagaimana Rizalman Ibrahim membahagi masa?

 

Seperti yang saya katakan, saya perlu membezakan diri saya dengan orang lain. Dan saya sudah mencapainya justeru perlu mengekalkannya. Saya sudah membuat projek hiasan dalaman, mengatur perkahwinan mewah, mengarah cerita pendek raya, membuatkan saya ‘selamat’! Jika mereka mula memasuki peringkat yang saya ada ini, saya perlu melangkah ke satu lagi peringkat.

 

Sumber: EH!