RIMOWA Personal, Inovasi Warna Bervariasi - Glam Malaysia

RIMOWA Personal, Inovasi Warna Bervariasi

RIMOWA teruja memperkenalkan himpunan aksesori baharu, Personal cases, yang direka dalam variasi warna polikarbonat Essentials. Menawarkan pilihan warna yang disesuaikan dengan karakter bagi yang mahu memilikinya. Koleksi ini dilancarkan juga bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-21 RIMOWA dalam industri, yang mana dikenali serta jenama yang pertama menghadirkan rekaan beg polikarbonat sejak 2000. Penginovasian hebat tersebut kekal sehinggalah sekarang, di samping itu merevolusikan aksesori fesyen.

Jenama yang lebih akrab dengan dunia penggembaraan sebelum ini, kini telah mengembangkan sayapnya sebagai jenama yang unggul dalam lapangan fesyen jua. Koleksi ini pada mulanya, pernah diperkenalkan hasil usaha sama bersama DIOR sewaktu pementasan musim bunga/panas 2020, kolaborasi idea bersama Kim Jones. 

RIMOWA Personal
RIMOWA Personal
RIMOWA Personal

Disebabkan menerima sambutan yang menggalakkan, RIMOWA mengolah semula rangkaian ini, tanpa kolaborasi bersama DIOR lagi. Reka bentuknya kekal sama, RIMOWA menyasarkan koleksi ini buat penggemar fesyen untuk memilikinya sebagai item fesyen penting, selain ia berfungsi sebagai pelengkap gaya. Buatan dari Jerman, julung kalinya ia direka menggunakan material yang ringan, ia menampilkan sifat uniseks. Tidak tertumpu pada mana-mana gender, selaras dengan matlamat fesyen sekarang, yang menyuntik aspek inclusivity dalam fesyen. 

See also
GLAM x COACH 2018

Rekaan ini cukup versatil kerana ia turut dilengkapi dengan tali beg kulit yang boleh dilaraskan juga ditanggalkan. Jika mahu ia dibawa secara kepit ibarat klutch. Bagi menonjolkan gaya yang lebih santai dan bersahaja, silangnya pada dada untuk penampilan yang lebih kontra. Koleksi baharu ini mempertaruhkan empat warna, termasuk hitam dan putih serta warna mengikut musim iaitu desert rose dan cactus. 

Artikel berkaitan: TOD’S Shirt Bag, Statement Musim Baharu