Ragam Gaya Musim Panas DIORIVIERA, Kini di Butik DIOR Pavilion KL - Glam Malaysia
Ragam Gaya Musim Panas DIORIVIERA, Kini di Butik DIOR Pavilion KL

Ragam Gaya Musim Panas DIORIVIERA, Kini di Butik DIOR Pavilion KL

Di lokasi yang bertumpu, Pavilion Kuala Lumpur, Dior membuka pop-up khusus koleksi Dioriviera musim baharu, ditafsir semula oleh Maria Grazia Chiuri. Butik Dior di Pavilion KL merupakan persinggahan baharu di kembara indah ini, menawarkan almari pakaian nuansa musim panas-bermula dari ready to wear kepada beg tangan, barang kemas dan item mewah Dior Maison

Anjuran Dioriviera yang lebih luas menghadirkan tampilan yang lebih beragam dan lengkap. Kali ini, Dior menempatkan ragam rekaannya sesuai kategori, seperti ruang ‘leather goods’, aksesori, sepatu, dan perhiasan baik untuk lelaki mahupun perempuan. 

Koleksi Dioriviera ini telah berada di Dior Pavilion KL sejak 7 Jun lagi dan akan berakhir pada 21 Julai nanti. Ruang-ruang yang menempatkan produk Dioriviera terlihat cukup istimewa, tambah lagi mampu menawarkan pengalaman berbelanja nyaman dan istimewa. Ruangan tersebut diatur sedemikian rupa untuk menciptakan nuansa yang intim dan eksklusif, memungkin pelanggan untuk menikmati layanan yang telah dipersonalisasikan. Pelanggan juga dapat mendekati koleksi dengan lebih personal, dan menikmati suasana mengujakan sambil mempertimbangkan ragam pilihan Dioriviera yang sesuai dengan gaya peribadi setiap pengunjung. 

See also
Valentino Resort 2021, Kod Gaya 'Flowy' & Bebas

dioriviera

Selain tampilannya yang effortlessly anggun, rekaan musim ini lebih nyaman untuk dipakai kala kembara yang biasanya waktu musim panas ketika melakukan banyak aktiviti. Bahkan dipakai untuk kehidupan sehari-hari pun sangat memungkinkan. 

MOTIF TOILE DE JOUY

Tentang pilihan gaya, khusus musim ini, Pengarah Kreatif Dior koleksi wanita, meninjau semula toile de Jouy melalui dua variasi baharu, melakar hutan rimbun atau buruj matahari. 

Ragam Gaya Musim Panas DIORIVIERA, Kini di Butik DIOR Pavilion KL

Koleksi ini memiliki makna menjadi pengingat pada kerja-kerja Christian Dior, yang mana bahagian hadapannya dihiasi motif Toile de Jouy Soleil, diselingi taburan bintang yang menonjolkan elegansi seni. 

Reka bentuk yang menawan ini juga menghiasi perabot Dior Cafe yang menggembirakan langsung menjanjikan detik-detik indah dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan. Banyak ruang yang boleh menjadi tempat untuk merakam momen indah, misalnya bergambar bersama teman-teman. Haiwan yang menghiasi cetakan Toile de Jouy Sauvage dijadikan sebagai arca megah yang menghidupkan lagi suasana Dior Cafe serta paparan tingkap dan ruang luar. 

Pop up Dioriviera di Dior Pavilion telah dibuka sejak 7 Jun sehingga 21 Julai 2024, dari 19 pagi ke 10 malam.

See also
Selamat Hari Bapa! 7 Bingkisan Sesuai Buat Bapa

Tempahan boleh dibuat melalui link ini DIOR | Dior Boutique | Malaysia | Kuala Lumpur | 3rd Floor, Pavilion Kuala Lumpur

Artikel berkaitan: 7 Gaya Selebriti Wanita Di Paris dan Milan Men’s Fashion Week