Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris

Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun ini adalah kemunculan pertamanya di pentas fesyen, ia bukanlah penampilan sulungnya dalam dunia peragaan. Disember tahun lalu, Eve muncul dalam kempen periklanan Glossier di samping pelakon Euphoria, Sydney Sweeney dan bintang RuPaul’s Drag Race, Naomi Smalls.

Selain bergelar model, dia juga merupakan penunggang kuda elit dan graduan dari Stanford University – pusat pengajian di mana ibu, Laurene Powell dan bapanya bertemu buat kali pertama.

Eve kini menjalin hubungan dengan Harry Hudson, penyanyi dan penulis lagu yang merupakan rakan karib kepada keluarga Kardashian-Jenner dan pernah muncul dalam video muzik Harry berjudul Take My Time April lalu.

Eve Jobs

Foto: Hotworldreport

 

Foto: Getty Images

 

Pautan berkaitan: 10 Gaya Terbaik & Menyerlah Di Anugerah Tony 2021