Positively Beautiful: Eyka Farhana - Glam Malaysia
eyka farhana

Positively Beautiful: Eyka Farhana

EYKA FARHANA SUDAH MULA DEWASA BAIK DARI SEGI KERJAYA, KARAKTER DAN KEKUATAN DIRI. PELAKON INI MENCORETKAN MISI SETERUSNYA DALAM MENGINJAK USIA MATANG BUAT MENCARI KETULUSAN HIDUP.

pengarah kreatif AIZAT AIDID  pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar AARON LEE solekan SYED FAIZAL dandanan CKAY LIOW

eyka farhana

Eyka Farhana dalam busana Fendi

Di awal pagi Eyka muncul di set, arus energi positifnya dapat dirasai oleh semua kru penggambaran. “Looking fresh babe,” sapa saya kepada empunya diri. “Thanks to gua sha,” jawabnya sambil mengernyitkan mata nakal. Air mukanya manis sekali kala melemparkan senyuman dengan giginya yang sebaris bak mutiara. Syed Faizal terus gembira menata rias wajahnya yang tidak sembab dan tekstur kulit Eyka yang mulus. “Kita birukan mata you today,” kata Syed pada Eyka. Ckay Liow pula terus menggapai rambut palsu untuk dipakaikan di kepalanya. “I’m gonna wear a wig?!” teriak Eyka teruja dan matanya sedikit membundar. “Yes, you’ll absolutely look different today Eyka,” pantas Aizat, Pengarah Kreatif GLAM menjawab soalannya itu. “Well I trust the GLAM squad!” ujarnya teruja untuk melihat transformasi yang bakal dilakukan pada dirinya buat mewarnai Persona GLAM April 2023.

GIRL OF THE MOMENT

Jika disentuh soal karier, Eyka Farhana yang mula menjinakkan diri dalam bidang seni seawal usia 18 ini, tidak gentar menceburi semua bidang. Selain bergelar pelakon, dia juga pernah mengeluarkan lagu pada 2019 berjudul laki-laki. Pelakon Ema Emyliana ini juga ada terlibat dalam pengacaraan apabila mengacara rancangan travelog di TV1. Terkini pelakon Polis Evo 3 ini lebih dikenali sebagai pempengaruh. Dengan pengikut seramai 1.9 juta di akaun Instagram miliknya terus menjadi buruan jenama antarabangsa dan semestinya pilihan utama label tanah air. Eyka Farhana adalah GLAM’s new crush!

Tuah menyebelahi empunya diri apabila dia diibaratkan ‘gula’ kerana dikerumuni oleh jenama-jenama fesyen gah terkemuka. Eyka Farhana adalah antara the It Girls di ibu kota Kuala Lumpur. Lihat saja hari ini dia dibaluti lengkap dari jenama Fendi baik dari persalinan, aksesori, tas tangan hinggalah ke sepatu. Sesekali dia membelek-belek tas tangan Fendigraphy, Fendi First dan Peekaboo di set penggambaran. “Pernahkah Eyka sewaktu kecil membayangkan Eyka akan semasyur seperti hari ini?” tanya saya kepada anak kelahiran Ampang ini. “Jujurnya Eyka sangat bersyukur pada Allah, kerana hampir semua yang Eyka impikan atau hanya terdetik di hati kecil ini menjadi kenyataan. Allah itu maha mendengar, Eyka akan berdoa apa yang Eyka mahukan. Bukanlah semua tapi banyak yang dikabulkan. Eyka rasa ianya juga berkat dari doa mama Eyka, yang tidak henti-henti mendoakan anak-anaknya. Contohnya Eyka terdetik di hati, seronoknya tengok orang ni reviu produk mewah, selang beberapa minggu atau bulan Eyka dapat tawaran itu juga. Eyka bermonolog dalam hati, “Ya Allah seronoknya kalau dapat berlakon di Jakarta, selang beberapa bulan, Eyka dapat tawaran berlakon di Jakarta, untuk siri ‘Pretty Little Liars!’. Eyka juga berbesar hati dapat mengembara dunia mewakili jenama-jenama terkemuka. Ia adalah satu hadiah yang indah sepanjang dalam karier Eyka. I am blessed.”

Baca lanjut dalam April 2023.

Artikel Berkaitan: The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani