Use your ← → (arrow) keys to browse
Bahang filem Barbie the Movie masih ada. Semak lima produk warna pink khas Barbie dengan spirit Barbiecore yang ceria, feminin dan penuh kebebasan.
DIOR
Variasi aksesori berupa jinjingan dengan detail luar yang mengagumkan. Menyerlahkan hasil kerajinan para pembuat di rumah fesyen Dior yang ikonik. Warna hangat serta warna khas musim panas diaplikasikan pada tas model ini dari material bermutu serta pemegang beg yang kukuh hadir dalam versi klasik khas Dior. Pemegang dan ukuran tas penuh pernyataan dalam rona pink yang hangat.
CHANEL
We love this bag. Ukurannya sederhana, tidak terlalu kecil atau besar-merupakan opsyen beg terbaik untuk dibawa kala percutian musim panas. Aspek free spirited disertakan dengan nuansa cool dan artistik yang diterjemahkan melalui jinjingan Chanel ini. Tas ini disertai dengan identiti khas Chanel dan sematan bunga kamelia dengan grafik logo CC yang ikonik. Untaian rantai jinjingan yang hadir dalam versi klasik khas Chanel (dalam balutan warna pink) memberi ‘statement’ tersendiri.
Bagi anda yang memiliki rencana untuk mengubah tampilan semakin ekstra, but tinggi Manolo Blahnik ini akan memadai tampilan anda. Aksen gaya dan tumit tinggi dengan mudah dipadankan untuk pakaian siang dan malam anda. Dibuat dengan sol dalam kulit yang nyaman dan tahan lama, serta mudah sarung sehingga tidak akan melukai kaki. Ukuran but dan pilihan warna pink membuatnya semakin terlihat chic dan fun! Pilihan yang tepat bagi anda yang mempunyai selera fesyen yang playful.