Pertunjukan Fesyen Yeezy Season 5 Menampilkan Model Berhijab Halima Aden - Glam Malaysia

Pertunjukan Fesyen Yeezy Season 5 Menampilkan Model Berhijab Halima Aden

Dalam kegelapan Pier 59 Studio itu, Kanye West mempamerkan koleksi Yeezy Season 5 selepas menyelesaikan isu yang dihadapinya bersama CFDA kerana tidak mengikut aturcara yang betul untuk mengadakan pertunjukan fesyennya.

 

Seorang demi seorang model berjalan melalui pentas peragaan dengan elemen terbaru yang diterapkan dalam koleksi Yeezy kali ini iaitu denim.

 

Penonton terpegun sebentar apabila Halima Aden membuat kemunculannya sambil menggayakan kot berbulu labuh beserta hijabnya.

https://twitter.com/sugarandwaffles/status/832001753084211200?ref_src=twsrc%5Etfw

Halima sekali menjadi topik perbualan dalam kalangan mereka yang hadir dengan kecantikannya dan juga kerana mengenakan hijab semasa pertunjukan Yeezy ini.

Walaupun baru menceburi bidang ini Halima yang berada di bawah naungan IMG Models, menyatakan bahawa orang di sekelilingnya sangat mengalu-alukan dan menerima dia dengan senang.

 

Dia juga berasa sangat terharu, penata gaya untuk pertunjukan Yeezy ini, Carine Roitfeld menghormati kepercayaannya dan cuba untuk memberikan Halima gaya yang sesuai dengan imejnya.

 

Presiden IMG Models Ivan Bart juga kagum dengan komitmen Halima terhadap kepercayaannya dalam memakai hijab.

See also
Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias

 

“Matlamat saya adalah untuk mengeluarkn mesej kepada wanita Muslim dan juga wanita muda di mana-mana sahaja bahawa tidak mengapa untuk tidak menjadi stereotype dan jadi diri anda sendiri. Selalu jujur dengan diri anda sendiri–halangan boleh dan akan ditempuhi!”

 

Halima juga akan ditampilkan dalam satu penerbitan high fashion CR Fashion Book yang diketuai oleh seorang doyenne Perancis, Carine Roitfeld.

 

Carine turut menyatakan kepada Business of Fashion yang Halima menempuh pelbagai sempadan dan persepsi mengenai kecantikan dengan menjadi dirinya sendiri. Dia juga percaya Halima boleh menjadi seorang ikon yang boleh menginspirasikan orang ramai.