Pereka Fesyen John Galliano Meninggalkan Maison Margiela Selepas 10 Tahun - Glam Malaysia

Pereka Fesyen John Galliano Meninggalkan Maison Margiela Selepas 10 Tahun

Pereka fesyen yang cukup ikonik, John Galliano telah membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan daripada jenama Maison Margiela selepas 10 tahun berkhidmat.

John Galliano merupakan antara penggiat fesyen yang cukup cemerlang dalam portfolio kariernya dan sering kali mempersembahkan koleksi busana yang tampil memukau lagi mempersonakan. Idea, kreativti serta identitinya sebagai seorang pereka fesyen ternyata jelas memancar. Namun, industri fesyen telah dikejutkan dengan berita pengumuman di laman Instagram miliknya, untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah kreatif di Maison Margiela yang telah berkhidmat selama 10 tahun.

Dalam kenyataannya, Galliano berkongsikan, “today is the day is I say goodbye” kepada syarikat itu, dan turut menambah “heart overflows with joyous gratitude, and my soul smiles”. Pereka dari British ini mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya yang menghampiri penghujung. Pengumuman yang dikongsikan telah menarik tanda tanya ramai penggemar fesyen buat destinasi seterus dalam kerjayanya. Tetapi Galliano juga telah menyelitkan dalam kenyataannya bahawa, “when the time is right, all will be revealed.”

See also
Legasi 70 Tahun Dior Diabadikan di Perancis

Imbas Kembali Detik Gemilang John Galliano Sebagai Pengarah Kreatif Maison Margiela.

1. Spring 2015 Couture

Koleksi Spring 2015 Couture Maison Margiela merupakan debut kenangan John Galliano di Maison Margiela. Ia merupakan kebangkitannya menyertai komuniti fesyen semula selepas kekecohan skandalnya di Dior. Galliano berjaya mempersembahkan koleksi yang menggabungkan dekonstruksi provokatif Maison Margiela dengan gabungan kemewahan identitinya.

2. Artisanal Fall 2015

Koleksi Artisanal Fall 2015 yang diperagakan di Grand Palais, merupakan antara koleksi John Galliano yang tidak dapat dilupakan. Hal ini kerana koleksi yang dipentaskan ditutup dengan sehelai busana yang cukup memukau! Gaun meleret serba putih seolah diselubungi awan, nyata menjadi kemuncak dalam koleksi ini yang diperagakan oleh model jelitawan Irina.

3. Spring 2017 Couture

Koleksi Musim Bunga/Musim Panas Couture 2017 merupakan kali pertama pereka Galliano berkolaborasi ketika di Maison Margiela, bekerjasama dengan seorang artis bernama Benjamin Shine. Salah satu busana yang dipersembahkan memotret rupa paras menggunakan fabrik bermaterial tulle, lantas menjerit kreativiti Galliano sebagai pengarah kreatif Maison Margiela.

See also
Inspirasi High Fashion Halloween Daripada Pentas Peragaan Spring 2019

4. Rihanna Met Gala 2018

Majlis berpretij Met Gala pada tahun 2018 merupakan the best Met Gala all the time! John Galliano telah menjadi bualan hangat apabila busananya dipadukan oleh ikon fesyen Rihanna, menjadikan ia salah satu busana Met Gala paling digemari sehingga kini. Busana yang dipenuhi dengan butiran manik rumit ini lantas menyerlahkan kemahiran Galliano sebagai seorang pereka fesyen.

5. Spring 2024 Couture

Koleksi Spring 2024 Maison Margiela merupakan pertunjukan fesyen yang paling internet-breaking oleh John Galliano! Ia merupakan pertunjukan couture yang sememangnya menguatkan portfolio Galliano sebagai seorang pereka. Daripada idea kreatif desain, sileut hingga ke pemilihan fabrik, kesemuanya cukup sempurna dalam sebuah koleksi yang dipersembahkan. Butiran idea solekan dalam pementasan fesyen ini juga menjadi ikutan ramai pempengaruh yang nyata menjadikan koleksi ini cukup ikonik.

Artikel berkaitan: Idea Eksentrik Penuh Makna John Galliano Untuk Maison Margiela