Percikan Pancawarna Color Therapy - Glam Malaysia
Color Therapy

Percikan Pancawarna Color Therapy

Elle menaruhkan satu koleksi kapsul meraikan rona-rona indah! Color Therapy bermain dengan paduan warna serta corak geometri lantas membangkitkan rasa girang musim ini.

DNA ELLE adalah memupuk keyakinan diri dalam setiap wanita. Mereka juga adalah kelompok yang berjiwa bebas serta saling menjulang antara satu sama lain. Lantas, dengan semangat DNA ini lahirnya satu koleksi kapsul yang dinamakan Color Therapy. Ia adalah satu koleksi yang sarat dengan rona-rona girang, seakan membawa wanita ELLE ke satu dunia yang penuh fantasi.

Tiga rona utama menjadi esen penting koleksi kapsul ELLE 2022 yakni merah jambu, biru dan hijau. Setiap rona ini memberi tafsiran gaya yang berbeza-beza. Merah jambu mencipta rasa sensistif dan punya kuasa kreatif. Hijau pula membawa nilai yang seimbang dan kebangkitan semula. Biru pula memberi simbol keyakinan diri dan aman.

Color Therapy oleh ELLE mempersembahkan pilihan beg dan skarf yang versatil. Dalam rekaan yang pelbagai, memberi citra gaya buat semua cita rasa. Beg ELLE juga hadir bersama dompet kad kecil yang boleh ditangalkan daripada beg utama. Talinya juga boleh dilaras mengikuti mood yang memakainya. Pilihan skarf pula dalam dua gaya sama ada monogram atau bercorak grafik. Tidak terbatas hanya buat gaya hijab, skarf ELLE adalah pelengkap wanita tatkala berlibur ke luar negara! Terus memberi gaya wanita yang lebih sofistikated. Kini boleh didapati di gedung membeli-belah terkemuka ELLE dan atas talian di LAZADA ELLE.

See also
GLAM Hijab: Neelofa

Bagi mendapatkan informasi terkini boleh ikuti Instagram ELLE di @ellebagscarves.my