Victoria Secret Fashion Show 2014 buat julung kalinya diadakan di London pada 2 Disember yang lalu menjadi bualan hangat dunia fesyen. Kali ini rangkaian pakaian dalam popular ini menampilkan beberapa kelainan dalam koleksi mereka serta persembahan memukau. Antara artis yang turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini adalah Taylor Swift, Adriana Grande, Ed Sheeran dan Hozier. Seramai lebih 30 “Angels” yang terpilih untuk pentas peragaan yang paling dinantikan ini termasuk Adriana Lima, Karlie Kloss, Behati Prinsloo dan Alessandra Ambrosio.
Saksikan foto-foto penuh warna-warni menampilkan koleksi terbaru Victoria Secret dengan pelbagai tema.