Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut Daily Mail, dua anak lelaki pereka yang terkenal dengan gelaran ‘Godmother of Punk’ itu tidak mempunyai jawatan rasmi dalam perniagaan ibu mereka tetapi mungkin akan mewarisi sebahagian daripada kekayaan bernilai RM797 juta.
Vivienne sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk mengekalkan pengurusan rumah fesyennya dengan berkata: “Saya memiliki syarikat sendiri, jadi tidak pernah ada ahli perniagaan yang memberi arahan apa perlu dibuat atau berasa bimbang jika produk tidak laku.
“Saya sentiasa mempunyai akses terus kepada orang ramai, kerana saya bermula dengan menghasilkan pakaian di kedai kecil, jadi saya sentiasa ada pelanggan.
“Pakaian saya sentiasa dibeli pelanggan walaupun mungkin tidak banyak terjual, dan perniagaan saya terus berkembang kerana orang ramai menyukainya,” katanya.