Pasangan Selebriti di KLFW 2023, Ini Gaya Paling Menarik

5 Gaya Pasangan Selebriti di KLFW 2023 Pilihan GLAM

KLFW 2023 kembali lagi dengan himpunan koleksi menarik daripada pelbagai pereka fesyen tahun ini. Kami sangat teruja melihat fesyen yang digayakan oleh para influencer dan selebriti yang hadir. Ayuh, lihat 5 gaya pasangan selebriti yang menjadi pilihan GLAM.

KLFW 2023 telah diadakan di beberapa lokasi yang berbeza dan telah berlangsung selama 7 hari pada 21 Ogos 2023 sehingga 27 Ogos 2023.

Apa yang kami perhatikan, mereka semua yang datang ke acara ini, semuanya menggayakan busana yang unik, luxury, trendy dan sangat on point. 

Pasangan Selebriti di KLFW 2023, Ini Gaya Paling Menarik

Gaya pasangan selebriti yang menjadi pilihan GLAM

Lihat 5 gaya pasangan selebriti yang menarik perhatian sepanjang KLFW 2023 berlangsung.

1. Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Pasangan Selebriti di KLFW 2023, Ini Gaya Paling Menarik

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

Siapa yang tidak kenal pasangan yang sentiasa on point dan stylish apabila muncul di mana-mana acara. Kali ini, pasangan selebriti ini hadir ke KLFW 2023 dengan memakai baju suit lengkap yang berwarna pastel. Scha dan Awal tampak sangat elegant dengan suit lengkap ini lebih-lebih lagi apabila mereka memilih rona merah jambu dan hijau pastel. Fesyen yang digayakan oleh mereka berdua ini kelihatan sangat serasi dan padan.

See also
Models Off Duty di NYFW

2. Datin Intan Najuwa & Datuk Ahmad Azraf

Ini kemunculan pertama pasangan pengantin baru, Datin Intan Najuwa bersama suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf ke KLFW 2023.

Dengan memakai suit lengkap rona hitam head-to-toe, pasangan ini tampak sangat elegant. Bukan itu sahaja, Datin Intan Najuwa kelihatan begitu modish dengan memakai busana dari pereka fesyen RizmanRuzaini.

3. Ummi Nazeera & Dr.Izzar

Tidak lupa juga, pasangan selebriti yang sangat manis iaitu Ummi Nazeera dan suaminya Dr.Izzar turut juga hadir ke KLFW2023.

Pasangan ini tampil dengan padanan suit lengkap. Dr.izzar kelihatan sangat cool dan elegant dengan suit rona biru. Manakala, Ummi Nazeera tampak begitu glam dan fashionable dengan gabungan oversize blazer dan skirt. Fesyennya kelihatan sangat menarik apabila dia melengkapkan outfit ini dengan memakai boot dan tie.

4. Amelia Henderson & Aedy Ashraf

Pasangan Selebriti di KLFW 2023, Ini Gaya Paling Menarik

Foto: Instagram Rizman RuzainiSiapa yang tidak kenal pasangan love birds yang sedang hangat bercinta ketika ini. Hadir ke KLFW 2023, untuk memberi sokongan kepada pereka fesyen terkenal iaitu RizmanRuzaini, Amelia tampil anggun dengan busana lengkap daripada jenama pereka fesyen tersebut.

Solekan dimatanya sangat menarik perhatian dan padan dengan fesyen yang digayakan. Di sebelahnya, Aedy tampak begitu stylish dan fashionable dengan memakai blazer bercorak dan kaca mata hitam.

5. Rizman & Nurida Suraya

Pasangan selebriti terakhir, tak lain tak bukan pereka fesyen yang terkenal di Malaysia iaitu Rizman dan pasanganya iaitu Nurida Suriya. Pasangan ini turut hadir untuk memberikan sokongan kepada pereka fesyen iaitu Mimpi Kita di KLFW 2023.

Dengan memakai suit lengkap rona putih dan hitam, pasangan ini kelihatan sangat chic. Bukan itu sahaja, head wrap dan perincian di bahagian lengan yang dikenakan oleh Nurida sangat menarik dan kelihatan lain daripada yang lain.

Artikel Berkaitan : Eksklusif Bersama Andrew Tan, Bicara KLFW 2023