Merayakan koleksi barang kemas termewah Bulgari memilih Shanghai sebagai persinggahan terbaru mereka. Koleksi Barocko oleh Bulgari memilih cetusan idea kreatif yang bersifat baroque. Paduan rekaan sarat digandingkan bersama pemilihan batu berlian pancawarna mewah. Sebagai tanda terlancarnya koleksi Barocko ini, Bulgari menjemput wajah-wajah popular China seperti duta mereka sendiri yakni Kris Wu dan Liya Tong hadir ke parti mereka. Bangunan lama Shanghai Exhibition Centre disimbahi dengan percikan lampu yang menggambarkan kemewahan berlian Bulgari.