Oscar de la Renta x Monse Untuk Pertunjukan Fesyen Musim Luruh 2017? - Glam Malaysia

Oscar de la Renta x Monse Untuk Pertunjukan Fesyen Musim Luruh 2017?

Laura Kim dan Fernando Garcia
Foto: Nicholas Garcia

Setelah dilantik sebagai pengarah kreatif terbaru Oscar de la Renta pada September yang lalu, Fernando Garcia dan Laura Kim bakal melakukan sesuatu yang baru untuk koleksi pertama mereka di bawah nama Oscar de la Renta: mereka akan menggabungkan koleksi Oscar de la Renta dan juga Monse dalam pertunjukan musim luruh 2017 di NYFW Februari ini.

 

Gabungan dua koleksi ini merupakan satu pendekatan yang baru untuk jenama besar seperti Oscar de la Renta dan juga Monse.

 

 

Walaupun ini bukanlah cara yang konvensional, Fernando menerangkan kepada Business of Fashion bahawa cara ini selain daripada menjimatkan kos dan menyenangkan, ianya juga memberi peluang kepada editor dan pembeli untuk melihat perbezaan yang nyata kedua-dua jenama ini.

 

Foto: Andrew White/The New York Times

Fernando juga menambah bahawa dengan mempamerkan koleksi-koleksi ini di dalam satu pertunjukan, tidak bermakna idea antara dua koleksi ini digabungkan untuk menunjukkan kesinambungan antara dua jenama itu.

See also
Victoria's Secret Class of 2015

 

“Akan terdapat perbezaan dalam penggayaan untuk setiap pertunjukan dan perubahan dari satu koleksi ke koleksi yang lain akan menjadi sangat ketara. Pakaian-pakaiannya [antara dua jenama tersebut] amat berbeza.”