Onitsuka Tiger Menuju 100 Tahun Dengan Acara Gah Di Tokyo
onitsuka tiger

#ApaSiapaDiMana: Meraikan 75 Tahun Onitsuka Tiger Bersama Azrel Ismail Dan Hakken

Sebagai tanda menuju ke 100 tahun, Onitsuka Tiger mengadakan satu pameran bersempena 75 tahun keberadaan jenama ini dalam satu acara gemilang bersama selebriti Asia!

Ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Kihachiro Onitsuka, Onitsuka Tiger memperingati ulang tahunnya yang ke-75 pada tahun 2024. Dalam menuju ke sambutan 100 tahun, pameran kali ini membawa peminat jenama yang popular dengan kasut bermutu mendalami kisah sepatu ikonik mereka. Ada sebanyak 75 kasut daripada arkib telah dipertontonkan dalam imej-imej yang unik. Berserta siaran video yang membawa kita mengenali lebih lanjut berkenaan dengan kehebatan Onitsuka Tiger.

Onitsuka Tiger

Chae Jong-hyeop

Pada majlis ulang tahun ke-75 ini, banyak selebriti sekitar Asia diterbangkan. Daripada Malaysia ada Hakken dan Azrel Ismail. Selain itu, bintang fesyen terkenal Filipina, Heart Evangelista juga menjadi VIP bagi label yang didirikan di Jepun ini. Personaliti lain yang hadir adalah Raisa, Bow Maylada Susri dan Chae Jong-hyeop.

Pameran yang berlangsung sehingga 25 Ogos di Shibuya itu juga bukanlah hanya memberi fokus kepada kisah kasut jenama Tokyo ini. Malahan, pada lantai bawah pula dipersembahkan koleksi terkini Onitsuka Tiger yang dipertontonkan di Minggu Fesyen Milan. Selain itu, ada juga kisah tentang Hotel Onitsuka Tiger yang dibuka di Champs-Élysées, Paris serta butik Flagship yang bakal membuka pintunya pada tahun hadapan di kawasan hotel ini.

See also
Zoe Kravitz, Lambang "21st Century Fashion Girl"

Pameran ini dibuka bermula 9 sehingga 25 Ogos dan kemasukan adalah percuma. Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui aplikasi rasmi Onitsuka Tiger.

Artikel Berkaitan: Gaya Layering Sebagai Paksi Utama Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2024