Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week Koleksi Musim Luruh Menjelang Ulang Tahun Ke -75 - Glam Malaysia

Onitsuka Tiger Di Milan Fashion Week Koleksi Musim Luruh Menjelang Ulang Tahun Ke -75

Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari gabungan fesyen, sukan, serta warisan bersama daya inovasi. 

Pada Rabu, 21 Februari yang lalu di Minggu Fesyen Milan, Onitsuka Tiger kali ini menghadirkan ‘Yellow Collection’ (Koleksi Kuning) sebagai sebahagian daripada himpunan Musim Luruh/Dingin 2024. Dengan tema “Urban Winter” menjadi fokus utama, dengan setiap rekaan dihasilkan di Jepun untuk menggambarkan landskap musim dingin bandar, dihiasi kemasan berkilat yang memberi kesan seolah-olah ribut petir mengejut kota Tokyo. Palet warna koleksi ini menampilkan kuning ikonik bersama kelabu metropolitan, hitam, kuning air, dan rona kacang hazel. Teknik inovatif digunakan untuk membentuk siluet dengan sentuhan segar pada keseluruhan koleksi.

Rekaan kot, jaket, dan kot pea menyerlahkan kontras antara bahu lebar dan pinggang ramping dengan perincian jahitan seperti pad tiub dan pola ribbing. Hoodie berganda kashmir pula menggarap konsep lapisan baharu, sesuai dipadankan dengan kot atau blouson sebagai helaian luar.

Pesona Jepun di Runway Onitsuka Tiger 2024

Manakala, pakaian wanita juga memperagakan padanan skirt mikro beralun dan gaun panel sutera bersulam labuci paillette dipadankan dengan stoking bulu dan sepatu creepers terbaru. Koleksi ini juga memperkenalkan rekaan leher-V decollete dan kasut tumit tinggi tebal untuk keselesaan. Terdapat juga kasut hibrid dengan tapak getah dan beg berkembar kulit sintetik.

See also
12 Koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga/Panas 2023 Pilihan GLAM

Pertunjukan ini merupakan yang pertama dalam meraikan ulang tahun ke-75, menampilkan 49 gaya sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-75 Onitsuka Tiger, termasuk helaian bulu berzip di leher yang boleh digayakan sebagai skaf moden atau crop top ekstrem. Untuk lelaki, koleksi ini menawarkan seluar lebar dalam pilihan ekstra labuh atau chino berpotongan buku lali.

Onitsuka Tiger

Onitsuka Tiger

Sebelum acara dimulakan, kumpulan tarian “AVANT-GARDEY” yang diketuai oleh pereka tari Akane mempersembahkan tarian segerak. Para penari mengenakan pakaian seragam kuning dengan jaluran harimau pada MEXICO 66, yang direka sebagai penghormatan kepada filem “Kill Bill,” menonjolkan evolusi jenama dalam mentafsir warisan secara moden. Selepas itu, pemain piano antarabangsa, Yuja Wang, tampil dengan gubahan istimewa di piano kuning dari Steinway & Sons, yang dirancang untuk mengekspresikan tema koleksi ini. Onitsuka Tiger membawa rona Kuning ikoniknya ke Milan dan tiba di “Butik Utama Rinascente Milano Piazza Duomo”.