Use your ← → (arrow) keys to browse
ANDRÉ LEON TALLEY
Mesra dipanggil ALT. Anak didik Diana Vreeland dan mantan Editor-At-Large majalah Vogue Amerika menyifatkan tabiat mengumpul pakaian dan aksesori fesyen lahir secara natural.
Semua orang tahu ALT punya himpunan hebat bagasi dan trunks daripada jenama ikonik Perancis, Louis Vuitton. Namun, André Leon Talley dikenali kerana memilih kaftan, cape atau kot labuh dan turban sebagai gayanya dalam berfesyen. Ironinya, dia punya dalam apa jua rona dan jenis fabrik yang anda boleh bayangkan. Always larger than life! Kot dan kaftan yang tersemat rapi dalam geroboknya termasuk bersulam rasa maharaja Cina ciptaan Tom Ford, cape Tiepolo warna merah sentuhan adi busana ilham Karl Lagerfeld dan kot rona zamrud garapan Nicolas Ghesquière.