#NYFW-Michael Kors Bawakan Stail Glamor Urban Resort - Glam Malaysia

#NYFW-Michael Kors Bawakan Stail Glamor Urban Resort

MICHAEL KORS MENJADIKAN WANITA KOTA DAN GLAMOR URBAN RESORT SEBAGAI UNSUR UTAMA PEMENTASAN MUSIM BUNGA 2023. GLAM MERASAI SENDIRI PENGALAMAN EPIK MICHAEL KORS MUSIM BUNGA 2023, SAMBIL BERTEMU ANNE HATHAWAY & SERENA WILLIAMS SECARA PERIBADI. 

Diketahui, melancong dan pergi bercuti merupakan aktiviti paling dinantikan setelah dunia kembali pulih selepas pandemik. Mengambil kesempatan yang ada, dengan merancang percutian bersama keluarga atau teman-teman. Maka itu, Michael Kors sendiri merasakan percutian merupakan fokus utama koleksi musim bunga 2023. 

Dan mengambil inspirasi dari ‘urban resort’ sebagai tema pertunjukan Michael Kors musim bunga 2023. Konsep pementasan yang menyandingkan keanggunan bandar dengan kehijauan yang mengilhami percutian resort, persembahan tersebut meraikan gabungan urban dan alam semula jadi. 

“Destinasi peranginan di bandar pada saya adalah yang terbaik dari kedua-dua dunia, ia adalah mengenai kemewahan dan keanggunan kehidupan bandar dengan glamor santai yang akan ditemui di seleksi pusat peranginan terbaik,” kata Michael Kors mengenai koleksi musim bunga 2023. 

See also
The Revenant Menang Besar di Anugerah BAFTA 2016

Melalui perspektif GLAM, koleksi musim ini banyak mengambil inspirasi dan unsur-unsur yang terbiasa ditemui semasa bercuti, seperti warna putih (menyimbolkan ketenangan), bareness, kaftan lembut, sandal. Yang bergabung jahitan halus dan permukaan berkilat yang diperlukan dalam persekitaran bandar. 

Gelora gaya tercetus saat menyaksikan deretan rekaan yang akrab dengan gaya percutian, daripada sarung dan kaftan kepada sut yang kukuh dan kot ringan. Kesegaran palet putih mendominasi, hitam grafik juga terlihat menguasai kebanyakkan rekaan. Diseimbangkan dengan ton lembut mutiara, perak, emas dan ‘dune’ yang mengertikan kemewahan secara sederhana. 

Refleksi gaya yang mewah diserlahkan melalui pergerakan dan cahaya oleh butiran pada rumbai, labuci berkilat dan fabrik bermutu. Berpadu siluet tegas dan aksesori hiasan penuh glamor. Ia kemudian mengusung tampilan urban luxury yang menterjemahkan prinsip berbusana wanita di kota besar dengan efek garis tegas, bersih dan minimalis. Unsur lain yang terlihat memikat pandangan, adalah celana panjang lurus, potongan tailored, dan rekaan monokrom dipertingkatkan oleh Michael Kors, langsung menjadi sesuatu yang baru kembali. 

See also
GLAM Deko Santai bersama Dato' Aliff Syukri & Datin Shahida Mohd Rashid

Anne Hathaway, Serena Williams, Vanessa Hudgens, dan selebriti Korea, seperti Dahyun (ahli kumpulan TWICE) antara yang menghiasi baris hadapan pementasan Michael Kors musim bunga 2023 di minggu fesyen New York.