Hari pertama Minggu Fesyen New York hangat dengan pelancaran koleksi kasut Adidas hasil kolaborasi bersama Kanye West. Barisan model tampil dengan gaya minimal rona hitam, hijau dan nude bagi menonjolkan koleksi kasut berkenaan.
Gambar: TPGVIP
Turut menarik perhatian adalah selebriti yang duduk di barisan hadapan. Rihanna, Beyonce, Jay-Z, P.Diddy, Alexander Wang, Khloe Kardashian dan Kendall Jenner antara yang hadir memberi sokongan. Manakala Kylie Jenner pula merupakan antara barisan model yang menjayakan pementasan koleksi kasut tersebut.