#NYFW: COACH Musim Bunga 2023-Kemunculan Duta Coach Baharu, LIL NAS X
COACH MERUPAKAN LABEL YANG PALING DINANTIKAN SEMASA MINGGU FESYEN NEW YORK BERLANGSUNG. SEKALI LAGI CETUS ‘HIGHLIGHTS’, YANG MANA MEMUNCULKAN DUTA COACH BAHARU, LIL NAS X MELEWATI PEMENTASAN COACH MUSIM BUNGA 2023.
GLAM cukup bertuah kerana mendapat jemputan ke pertunjukan fesyen Coach semasa minggu fesyen New York. Harus diakui, Coach merupakan antara jenama yang paling dinantikan koleksi baharunya. Sejak diketuai oleh Pengarah Kreatif, Stuart Vevers, tentu sahaja ada fokus dan momen baharu yang tercetus dalam setiap pertunjukkan yang dianjurkan. Dan kali ini, kami berpeluang bertemu dua duta Coach musim baharu, iaitu penyanyi, Lil Nas X dan pelakon Korea, Yoon Chan-Young.
Coach mempersembahkan ‘debut’ koleksi musim bunga 2023 berlatarkan pangungg berupa binaan jeti New York (salah satu identiti kota New York) yang cukup indah. Pertunjukan tersebut menerokai warisan Amerika melalui lensa Coach, meraikan keindahan ketidaksempurnaan dan rekaan yang direka berdasarkan kepelbagaian kehidupan dalam fikiran.
Acara terus bermula pabila iringan muzik kedengaran, satu per satu model melewati pentas. Dan diantaranya, penyanyi Lil Nas X menjadi salah satu peragawan. Mendetik momen bersejarah buat Coach, yang mana langsung mengumumkan berita pelantikkan Lil Nas X sebagai duta global Coach yang baharu. Lil Nas X muncul dalam balutan kulit warna hitam, celana pendek kulit dan sandal jelly berwarna ungu, sambil menjinjing tas mini, kehadirannya memerihalkan keindividuan termasuk ekspresi gaya terkini.
Dedikasi musim ini, Coach meneruskan eksplorasinya terhadap warisan Amerika, yang mana kali ini memperkenalkan ‘expressive luxury’ dalam pandangan sekeliling, merangkumi warisan dan budaya pop. Bergabung untuk mencadangkan nilai baharu fesyen dan kemewahan.
Koleksi musim ini memperkenalkan beg sedia untuk dipakai dan dibuat daripada jaket kulit dan kulit bola sepak yang digunakan semula, direka semula menjadi himpunan yang unik. Serta baju sejuk kait yang dipakai dengan bergaya dan pakaian kerja berbahan denim. Ringkas, namun bergaya jika bijak memadankannya.
Menyerlahkan lagi koleksi, beberapa rekaan disandingkan dengan gaun pendek corak gingham, dicemerlangkan dengan renda hitam dan jaket varsity yang terlihat vintaj. Mencorakkan gaya wariasan Americana yang penuh karakter. Selain itu, Coach turut memperkenalkan inovasi baharu beg Tabby, yang pertama kali terlihat di pentas runway dalam reka bentuk messenger dan balutan jeli berwarna-warni. Mencadangkan gaya yang fun dan playful buat kelompok fesyen generasi baharu.
Acara musim bunga 2023 Coach menyaksikan kehadiran Doja Cat, Charli XCX, Ava Max, Conan Gray, Bree Runway, Koki, Chan-young Yoon dan ramai lagi. Tak terkecuali, wakil dari Malaysia, Yuna, Yaya Zahir, Joe Flizzow, Daiyan Trisha, dan Christinna Kuan yang turut sama hadir.