Nur Fazura Membawa Gemerlapan Clash De Cartier
Dalam balutan dress merah, Nur Fazura nampak cukup indah lagi apabila dirinya dihiasi dengan barang kemas baru koleksi Clash De Cartier ke acara pameran Clash De Cartier Studio, Singapura. Acara penuh gemilang itu turut dihadiri oleh bintang popular pelakon kacak asal Korea, Ji Chang-Wook. Pesona dua bintang ini membuatkan ramai peminat membanjiri luar bangunan STPI, di mana berlangsungnya pameran oleh Cartier. Turut dijemput adalah selebriti Singapura, Rui En, Rebecca Lim dan Sheila Sim.
0 Comments