Use your ← → (arrow) keys to browse
Dibintangi oleh sepuluh jelitawan-jelitawan personaliti dari Ampang yang penuh bergaya, Sharifah Ervinna, Natasha Ozier, Iman Moy, Mizar Hamzah, Raja Hazlyn, Datin Eileen Unwin, Emma, Azalea aka Cho; dan adik-beradik iaitu Mawar dan Melati Proehoeman menjadi tampilan dalam kempen iklan yang penuh glamour oleh jenama tersebut.
Mereka merupakan wanita-wanita pilihan kami yang kesemuanya mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan yang ketara iaitu naluri fesyen yang sangat hebat lantas menjadikan penampilan mereka sentiasa istimewa.
– Syomir
Meskipun Hari Raya pada tahun ini sedikit berlainan akibat Covid-19, namun tidak semestinya ia merupakan halangan untuk kelihatan bergaya dan elegan dalam menyambut perayaan Aidilfitri di rumah bersama keluarga dan sahabat handai. Rekaan yang menggunakan fabrik bercirikan selesa, menyejukkan serta memudahkan pergerakan seperti crepe blend, kain kapas dan rayon sutera menjadi keutamaan Syomirizwa Gupta.