Use your ← → (arrow) keys to browse
Elemen dalam koleksi Aidilfitri “The Ampang Girls” dapat dilihat secara ketara. Transisi yang nyata dapat dilihat daripada corak geometri ke flora dan padanan warna. Segalanya adalah diantara jiwa daerah Ampang yang ingin ditampilkan oleh Syomir dalam koleksi terbaru ini.
Daerah Ampang yang berasal daripada perkataan Bahasa Melayu, ’empangan’ iaitu merujuk kepada empangan para pelombong yang mula berpusu-pusu mendiaminya. Menurut Syomir, daripada bangunan kolonial post-war yang membarisi Ampang Road, gabungan terawal cara kehidupan di antara golongan ekspatriat dan penduduk asal di Kuala Lumpur, lokasi perlumbaan kuda yang suatu masa dahulu merupakan mercu tanda yang amat dikenali di Ampang iaitu Selangor Turf Club sehinggalah ke kelab-kelab hiburan ikonik yang menjadi sebutan sekitar tahun 1980an seperti Tin Mine yang begitu popular di kalangan selebriti dan hiburan tanah air, segalanya menjadi inspirasi buat koleksi raya ini.
Saya amat meminati sejarah dan faktor ini seringkali menjadi inspirasi buat saya dalam rekaan koleksi-koleksi yang terdahulu.