NikeLab Berganding Bahu Bersama Riccardo Tisci Buat Kali Keempat! - Glam Malaysia

NikeLab Berganding Bahu Bersama Riccardo Tisci Buat Kali Keempat!

Selepas tiga repetoire berjaya gandingan NikeLab bersama bekas pengarah kreatif Givenchy itu, mereka kini kembali bersinergi!

 

Foto: Nike

Jenama Amerika itu buat kali keempatnya telah berkongsi nukilan seni bersama Riccardo Tisci! Item pakaian yang dimaksudkan ialah sepasang sepatu Dunk Lux Highs yang saban hari menjadi ikon buat Nike. Ia telah diberi nafas segar yakni berunsurkan bola keranjang pada era 80an serta budaya skating.

 

Kedua-dua inspirasi mereka itu kian membuat comeback di radar-radar penggemar fesyen; tidak hairanlah mereka membuahkan ilham melalui trend tersebut!

 

Dinamakan NikeLab Dunk Lux Chukka x RT, ia juga didatangkan bersama teknologi sukan yang menjadi identiti jenama gergasi tersebut di samping nukilan Riccardo yang senantiasa mengetengahkan detail dari mata seorang tokoh ternama dunia fesyen.

 

Sepatu ikonik itu diperbuat daripada material kulit yang bermutu tinggi dan sama seperti yang terdahulu, the famous Nike Swoosh has been supersized! Ia mempunyai dua pilihan warna yang menarik, iaitu hitam/putih serta merah/putih. Edisi terhad ini bakal dibuat sedia untuk umum pada 10 Februari di New York City.

See also
'You Look Great!', Pertama Kali Bertemu, Neelofa Dipuji Tommy Hilfiger