Use your ← → (arrow) keys to browse
NIA ATASHA LAKAR SEJARAH
Nia Atasha, model dan pelakon yang akrab dengan GLAM Malaysia. Dan kemunculannya dalam kempen Victoria’s Secret ini merupakan satu kebanggaan buat kami. Nia seorang yang sentiasa bersemangat, penuh energi dan kreatif, mempamerkan kepelbagaian yang terdapat pada koleksi ini. Menterjemahkan gabungan serasi antara fesyen dan faktor keselesaan. Nia menunjukkan cara koleksi ini mudah disesuaikan dengan stail dan pakaian yang beragam, membolehkan wanita mengekspresikan personaliti unik mereka dengan mudah.
Dua model lain, Jane Teoh dan Janie Tienphosuwan mencemerlangkan koleksi ini dengan stail dan keperibadian yang tersendiri. Gabungan mereka ternyata membangkitkan spirit feminin dan kekuatan karakter yang juga dapat ditemukan dalam desain koleksi T-shirt bra.
Kempen yang dihasilkan oleh semua wanita itu mempamerkan komitmen Victoria’s Secret untuk memupuk keterangkuman dan kepelbagaian di seluruh jenamanya. Dengan kerjasama dengan Women Photographers Malaysia, platform terkenal yang didedikasikan untuk menyokong dan mempromosikan wanita dalam peranan produksi seperti jurugambar, pengarah, penerbit, dan sebagainya. Menyerlahkan kepentingan perwakilan wanita di belakang tabir.