Mollety Onitsuka Tiger membawa gaya kasut platform baharu
mollety onitsuka tiger

MOLLETY™, Kasut Platform Interpretasi Baharu Onitsuka Tiger

New Arrivals! Himpunan MOLLETY™ yang terkini di Onitsuka Tiger membawa inovasi terkini buat rekaan kasut platform.

Semua sudah tahu kehebatan kasut-kasut di Onitsuka Tiger. Bukan sahaja menjulang rekaan yang cukup berselera fesyen, malahan ia juga sering memadukan legasi, juga semangat kesukanan. Lantas DNA inilah yang meletakkan kasut jenama asal Jepun mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Terkini, jenama kasut kontemporari ini melangkah lebih yakin dengan melancarkan himpunan MOLLETY™. Ia adalah koleksi kasut yang meletakkan rekaan platform sebagai asas tunjang gaya utama.

MOLLETY™ oleh Onitsuka Tiger menawarkan rekaan yang bertapak lebih tinggi. Uniknya, selalunya kasut Onitsuka Tiger mempunyai tapak halus yang lebih ringkas. Cuma kali ini buat koleksi terkini ditambah dengan inovasi platform. Lalu memberikan paduan yang lebih berkarisma dan masih kekal dengan tunjang utama yakni mengekalkan prestasi yang bagus.

mollety onitsuka tiger

Fadh menyarung Baju-T MYR 460.00, Seluar dan beanie serta Kasut MOLLETY™ MYR 1,070.00. Ishhana dalam Baju Panas MYR 730.00, Seluar MYR 860 Kasut MOLLETY™ MYR 1,070.00. Semuanya di Onitsuka Tiger.

Menambah rekaan berinovasi tinggi, kasut MOLLETY™ oleh Onitsuka Tiger ini turut direka dengan menggunakan FF BLAST™PLUS. Ia adalah satu material unik yang digunakan oleh jenama kasut Jepun ini dalam pembuatan himpunan kasut lari mereka. Lalu mencipta efek platform di dalam bahagian kasut yang lebih selesa dan rekaan yang cukup memberi impak daripada luarannya. Platform yang direka di dalam bahagian kasut mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 35mm.

Kasut MOLLETY™ MYR 1,070.00 oleh Onitsuka Tiger

Kasut yang uniseks ini hadir dalam dua pilihan rona yang berbeza. Ada putih bersama Onitsuka Tiger Stripes yang memberikan gaya sporty. Atau boleh pilih rona kelabu jika mahukan sesuatu yang lebih minimal. Tapak kasut ini menggunakan stail model MEXICO 66™ lantas memberi penegasan gaya yang lebih ikonik!

Kasut MOLLETY™ MYR 1,070.00 oleh Onitsuka Tiger

Himpunan kasut MOLLETY™ kini ada secara online dan eksklusif di butik Pavilion Elite.

See also
Cara Pilih Kasut Tumit Tinggi Sesuai Mengikut Pakaian Anda

Untuk maklumat lanjut tentang produk inovatif ini, tekan di sini.

Artikel Berkaitan: “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023