Sememangnya mereka ini pakar dalam mentafsirkan istilah gaya selesa, effortless dan cool. Apa yang disarung tampak begitu bersahaja sehingga menonjolkan idea baru bagi teknik layering, biker, berbaju-T putih dan seluar denim bersama padanan kasut but. Pengaruh gaya ini turut menjadi inspirasi pereka untuk dijadikan idea penataan pentas mereka.