Fendi Musim Luruh 2016: New Waves Karl Lagerfeld

Pentas Fendi Percikan New Waves Karl Lagerfeld

Oleh: Yana Baharudin
 
Fendi menjemput dua tetamu khasnya iaitu dua karekter Fendirumi iaitu monster furry Piro Chan, berwarna merah jambu dan Bug-Kun, rona biru. Jemputan khas ini adalah ekoran pembukaan stor Fendi terbaru di Ginza. Pembukaan pertama Fendi menampilkan kot berpinggang serta kolar bulu dalam ton bertentangan. Perincian ropol pula (biarpun Karl Lagerfeld lebih selesa menggelarkannya ‘waves’) dicipta bagi menyuntik sedikit elemen dramatik namun masih berpaksikan feminin pada but tinggi dan beg tangannya. Langsung, perincian bergelombang ini terus menjadi subjek perincian utama kepada hampir semua ceraian di Fendi.
 

[soliloquy id="44037"]

Gambar: Fendi