Satu kelebihan musim luruh/sejuk, kita boleh bergaya sakan dengan kot beraneka warna dan ragam. Musim minggu fesyen menyerlahkan kelompok paling bergaya dunia dengan penampilan pelbagai stail winter coat.
Nampaknya ramai yang memilih untuk menyarung duster coat yang labuh hampir menyapu lantai. Ya, nampak selesa sekali dan sungguh chic sekali. Tidak kurang juga yang gemar menggayakan jaket – dari fur hingga ke bomber, shearling hingga ke tweed. Walau apa pun pilihan kot atau jaket pilihan pemerhati fesyen musim ini, nyata sekali jalanan di New York minggu ini cukup meriah sekali!