Gucci Musim Luruh 2016: Cipta Zon Bebas Kepada Wanitanya

Gucci Musim Luruh 2016: Cipta Zon Bebas Kepada Wanitanya

Oleh : Yana Baharudin
 

capture-20160225-121542COVERGucci musim luruh 2016. Gambar: Gucci

 
Tiada alasan untuk tidak memilih ceraian dari Gucci musim luruh/sejuk 16/17 ini. Ia didatangkan dengan pelbagai rupa berbeza yang dapat menyempurnakan penggilan gaya feminin, girly, boyish mahupun yang menyukai gaya polos. Jika di Saint Laurent Paris Hedi Slimane melengkapi gaya prolifiknya dalam nada gelap, Alessandro Michele pula menyuarakan pendapat gaya variasinya dalam ton warna berbeza dari putih, nuansa pelangi hingga taburan labuci rona lantang. Ya, mungkin estetik kedua mereka berbeza, namun arah tuju mereka sama, mahu menarik kesemua jenis kelompok wanita sekurang-kurangnya memiliki satu dari ceraian ciptaan mereka. Itu pendapat kecil saya sahaja.
 
Berbalik kepada pementasan Gucci sebentar tadi, memperlihatkan Pengarah Kreatif ini mahu memperkuatkan elemen yang disampaikan untuk jenama ini. Warna signatur Gucci yang dipilihnya iaitu hijau dan merah satu persatu diperkuatkan dengan perincian dan potongan yang tampak baru untuk rumah fesyen ini. Siapa kata kedua kombinasi palet ini salah dan tidak seharusnya dipertembungkan? Michele bijak memberi koordinasi yang cukup sempurna lalu dihembuskan dengan perincian yang menjadi kepakarannya yakni ropol.
 
Didalam kelembutan fabrik yang digunakan ada terselit sulaman fauna liar yang menghidupkan lagi tema gaya tanpa sempadan ini. Seperti dress net rona hijau pastel yang direkanya untuk look terakhirnya. Sengaja disulamkan harimau kumbang dimana wajahnya cukup mengerikan. Inilah simbolik kepada himpunan musim ini yakni setiap ruang lapis dimuka bumi mempunyai hubung kait yang membentuk kehidupan yang kompleks dan sempurna sekaligus mendefinisikan tema Rhizomatic Scores musim ini.
 

See also
6 Jenis Denim Harus Milik!

[soliloquy id="43852"]

Gambar: Gucci