Christian Siriano, bekas peserta Project Runway menjadi champion for all apabila beliau turut meraikan wanita berbadan curvy di persembahan koleksi Musim Bunga/2017 bertema holiday-in-Capri beliau di New York Fashion Week.
“I just thought it was super important to have women of diversity on the runway this season,”
Awal tahun ini Siriano secara sukarela menghasilkan gaun direka khas buat Leslie Jones, pelakon Ghostbusters selepas Leslie mengumumkan kesedihan beliau kerana pereka fesyen lain enggan berikutan saiz badannya yang besar.
Siriano seterusnya berkolaborasi dengan Lane Bryant untuk menghasilkan koleksi untuk wanita plus-size dan beberapa minggu kemudian, Michelle Obama memakai salah satu rekaannya ketika memberi ucapan di Democratic National Convention sebagai tanda menyokong tindakan Siriano.