Jangan terjaga daripada mimpi indah Chanel. Teruskan igauan itu dengan kerlipan berlian indah menghiasi tubuhmu. Chanel mempersembahkan koleksi barangan kemas serta jam tangan mereka yang baru melalui filem pendek. Ada koleksi barang kemas Coco Crush dalam material emas putih, kuning dan beige dipersembahkan lebih ringkas. Buat dewi yang lebih bercita rasa feminin, pastinya koleksi Plume de Chanel atau Camelia menjadikan mimpi Chanel lebih indah. Bicara tentang jam tangan pula, Chanel taruhkan Code Coco atau Boy.Friend yang mengikut selera arkib Chanel.
Kenali juga tiga jam tangan yang menjadi penyeri dalam video pendek Chanel.